CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 4

Kalau Banyak Duit, Khatijah Tan Nak Pergi Mekah Dan Madinah Tapi Duit Bukan ‘Tiketnya'

[Copy link]
Post time 24-5-2023 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Memasang impian dan hasrat untuk ke Mekah dan Madinah, pelakon veteran, Khatijah Tan, 62, sentiasa mengharapkan rezeki dapat menunaikan haji di Tanah Suci itu.


Kongsinya, pengalaman menunaikan umrah lapan tahun lalu, menyebabkan hatinya disuntik rasa cinta untuk mengunjungi semula Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah.




Utusan




“Kalau banyak duit, tempat yang paling saya hendak pergi adalah Mekah dan Madinah.


“Saya memang sudah daftarkan diri dengan Tabung Haji. Kalau ikutkan giliran saya (tunai gaji) adalah semasa umur 90 nanti.


“Sejak pergi umrah dahulu, memang perasaan ingin ke sana sahaja. Tempat lain sudah rasa tidak minat untuk pergi. Kalau masa muda dahulu, sebelum tunai umrah memang kita hendak melancong ke tempat lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.


Khatijah yang sinonim dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berkata, menunaikan rukun Islam kelima itu adalah satu rezeki yang dikurniakan Tuhan kepada hambanya.


Katanya, kadang-kadang individu yang dipilih ke tanah suci pergi dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.


“Ada duit tak semestinya dapat pergi. Kadang-kadang ada benda lain yang menghalang seperti kesihatan.


“Boleh jadi tiada duit tetapi dapat pergi dengan izin Allah. Pernah saya jumpa dia terkejut tiba-tiba dapat tajaan ke sana. Bagi saya, duit bukan ‘tiket’ hendak ke Mekah. Memang kita perlukan duit, itu adat dan fitrah dunia tetapi kalau belum sampai seru atau ada halangan pun tak dapat juga ke sana,” katanya.


Berkongsi perkembangan terkini dalam lakonan, Khatijah yang menetap di Ipoh, Perak, berkata, dia bersyukur kerana masih menerima tawaran daripada stesen televisyen.


Katanya, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri kanak-kanak terbitan Astro dengan memegang watak sebagai ibu.


“Cerita ini ada unsur komedi dan akan habis penggambaran pada Jun nanti.


“Bayaran pun okay sebab drama ini dalam slot khas. Ikutkan bayaran lebih baik daripada tawaran yang pernah dapat sebelum ini. Mungkin juga sebab pelakon veteran sudah tidak ramai berbanding pelakon muda yang perlu bersaing mendapatkan tawaran,” katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka acik ni berlakon jadi ustazah dalam siri Dunia Baru. Kelakar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 04:10 PM | Show all posts
cara bercakap kak ni sungguh berkhikmah;

“Boleh jadi tiada duit tetapi dapat pergi dengan izin Allah. Pernah saya jumpa dia terkejut tiba-tiba dapat tajaan ke sana. Bagi saya, duit bukan ‘tiket’ hendak ke Mekah. Memang kita perlukan duit, itu adat dan fitrah dunia tetapi kalau belum sampai seru atau ada halangan pun tak dapat juga ke sana,” katanya.

Semoga diizinkan Allah utk menunaikan Haji. amiin
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:52 PM | Show all posts
Orang2 awpwrti ni yang patut diutamakan pergi dan bukan yang kali ke2, ke3 dan seterusnya.
Berilah peluang kepada orang yang belum pernah tunai haji.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:19 AM | Show all posts
Moga dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.118262 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list