CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 4

Dulu Peruntukkan RM20 Juta Dalam Bajet, Mail Kesal Pembinaan Litar Perlumbaan Drag Di Setiap Negeri Dihentikan

[Copy link]
Post time 24-5-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Keputusan kerajaan tidak meneruskan pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri dikesali Datuk Seri Ismail Sabri.


Jelasnya, pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia diterajuinya sebelum ini memperuntukkan RM20 juta dalam Bajet 2023 bagi pembinaan litar perlumbaan drag untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran betul.




Foto hiasan - Vroom Asia




Katanya, litar perlumbaan drag itu juga akan menjadi platform terbaik untuk menarik lebih ramai tenaga pengajar profesional untuk melatih belia dan seterusnya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran negara.


"Kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran ini menjadi satu daripada punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti perlumbaan haram, aktiviti samseng jalanan dan melepak," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kenyataan itu sebagai reaksi kepada jawapan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Parlimen yang menyatakan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak merancang meneruskan cadangan kerajaan terdahulu untuk mewujudkan litar drag di setiap negeri.


Hannah ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy di Dewan Rakyat, hari ini berkata, langkah meneruskan cadangan kerajaan pimpinan Ismail Sabri akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi.


Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu meninjau dan melawat litar perlumbaan drag yang siap dibina di Terengganu dan Johor.


Katanya, kos pembinaan litar drag di Johor adalah pada kadar minimum seperti pembinaan litar dan pagar keselamatan saja berbanding di Terengganu yang menelan kos lebih tinggi kerana mempunyai tempat duduk utama (grandstand).


"embinaan litar perlumbaan drag di Jempol, Negeri Sembilan yang siap pada 2022 juga hanya membabitkan kos sebanyak RM1.3 juta iaitu satu usaha kerjasama di antara agensi swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.


"Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memahami aspirasi anak muda dan minat mereka dalam bidang sukan permotoran ini.


"ihak KBS diharap dapat memberi pertimbangan sewajarnya akan cadangan itu supaya satu penyelesaian tuntas dapat diberikan seterusnya dapat dimanfaatkan belia," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 06:25 PM | Show all posts
ai baca tajuk ada perkataan drag terus tingat Ru Paul


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 10:03 PM | Show all posts
eh patut masuk sekali dalam redevelopment stadium shah alam tu, 1 lap pun dah oke jaraknya.. jauh sangat nak showoff kat SIC..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau budak2 drag atas highway subang jaya tu
Jangan tanya soalan bodo
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni lah PM paling hodoh tapi nak pakai baju2 designer yg harga ribu2 nak tutup kehodohan sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.100034 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list