CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

[Kelantan] Dokumen sulit bocor, AKSB buat laporan polis

[Copy link]
Post time 24-5-2023 06:05 PM | Show all posts |Read mode

NAZMI Ghazali Azmi. FOTO arkib NSTP

Kota Bharu: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat laporan polis berhubung kebocoran dokumen sulit mengenai pemberian sagu hati Aidilfitri baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat oleh pegawai undang-undang AKSB, Muhammad Amin Shamsudin terhadap dua hantaran yang dimuat naik di Facebook oleh individu dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Kota Bharu petang semalam.

Pengurus Besar AKSB, Nazmi Ghazali Azmi mengesahkan membuat laporan polis namun tidak memperincikan perkara itu.

Sementara itu, Wan Mahussin ketika dihubungi memaklumkan dia dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan pada malam ini.

Terdahulu, media melaporkan, AKSB dan kerajaan negeri diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan pemberian sagu hati Aidilfitri sebanyak RM10,000 kepada Ahli Lembaga Pengarah mereka, baru-baru ini.

Pemberian sagu hati itu dipercayai membabitkan sembilan ahli lembaga pengarah, selain setiausaha syarikat didakwa menerima RM2,000 dan kakitangan RM200.

Gesaan itu dibuat selepas tular notis mengenai pemberian sagu hati yang disebarkan di media sosial sejak kelmarin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -buat-laporan-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.576788 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list