CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 1

Tukang Rumah Mengaku Salah Rogol Kekasih Berusia 14 Tahun Dalam Semak

[Copy link]
Post time 24-5-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Seorang tukang rumah mengaku bersalah merogol kekasihnya, dua tahun lalu.


Muhammad Syafiq Arman Mohd. Shuhaimi, 19, membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu selepas kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman, hari ini.




MUHAMMAD Syafiq Arman Mohd. Shuhaimi (tengah) yang mengaku salah merogol kekasihnya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF




Berdasarkan pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berumur 14 tahun tujuh bulan di kawasan semak di daerah ini.


Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada pertengahan April 2021 kira-kira pukul 9.30 malam.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK).


Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes pada 25 Jun untuk fakta dan jatuh hukum sementara menunggu laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Najmi Md. Nasir.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 03:15 PM | Show all posts
aku xpaham betul la org berproject dlm semak tepi semak tepi longkang

nafsu hantu betoi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.058282 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list