Pasukan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) berharap permohonan mendapatkan imej satelit sebagai langkah terbaharu mengesan Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak Jumaat lalu dapat dipenuhi.
Kata Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak permohonan itu dibuat berikutan usaha menjejaki Muhammad Hawari menerusi jalan darat dan udara buntu.
Muhammad Hawari
Peta pencarian misi dan menyelamat (SAR) pendaki ME2023, Muhamamd Hawari Hashim yang hilang sejak Jumaat lalu.
Beliau berkata, ketika ini, skop pencarian dibesarkan ke Kem Empat dibantu empat orang malim gunung.
“Kesemua kawasan yang dilakukan sasaran ini sangat berisiko dan perlu tenaga mahir dan merekalah (malim gunung) kita perlukan dalam misi ini.
“Kawasan Kem Empat ini sangat luas kerana ia membabitkan sempadan Nepal – Tibet,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.
Peta pencarian misi dan menyelamat (SAR) pendaki ME2023, Muhamamd Hawari Hashim yang hilang sejak Jumaat lalu.
Dalam pada itu, Azim Afif berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai insiden itu kepada pihak berkuasa Tibet dan setakat semalam, skop pencarian meliputi tiga kawasan utama di Kem 2 dan Kem 3 namun, tiada tanda-tanda Muhammad Hawari pernah berada di sana.
Sumber: KOSMO! ONLINE |