CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

[Kelantan] Misteri bau busuk parkir hotel terbiar

[Copy link]
Post time 24-5-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Bau busuk dari bahagian parkir aras bawah sebuah hotel di sini rupanya bau mayat seorang lelaki.

Mayat itu ditemukan seorang kakitangan hotel berusia 40-an kira-kira jam 9 pagi tadi ketika dia membuat kerja pemantauan sebelum proses mengepam air dibuat berikutan aras itu digenangi air sedalam 0.4 meter akibat hujan.

Dia yang enggan dikenali berkata, bau busuk sudah kerap dihidu memandangkan hotel terbabit sudah tidak beroperasi sejak tiga tahun lalu dan kini dalam proses membuka semula premis berkenaan.

"Ketika sedang membuat pemantauan, saya terhidu bau busuk dari aras bawah dan menyangkakan ia bau bangkai haiwan kerana banyak yang mati kerana hotel ini sudah lama tidak beroperasi.

"Bagaimanapun saya cuba mencari arah bau busuk terbabit dan ternampak mayat seorang lelaki berpakaian lengkap di satu penjuru sebelum menghubungi pihak polis," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Saksi berkata, walaupun hotel itu tidak beroperasi, pemantauan tetap dijalankan termasuk kerja mengepam air di aras bawah yang dilakukan sebulan sekali.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Mayat dibawa menggunakan kenderaan polis jam 6.20 petang untuk proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

Operasi mengeluarkan mayat itu turut dibantu 10 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu yang menyediakan dua pam

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi untuk menyedut keluar air dari aras bawah itu.

"Kerja mengepam keluar air menggunakan dua pam dan operasi berjalan selama tiga jam sebelum air sedikit surut dan kerja mengangkat mayat dibuat pihak polis," katanya.



ANGGOTA bomba dari BBP Kota Bharu menggunakan dua pam untuk mengepam keluar air yang bertakung di kawasan parkir aras bawah bagi memudahkan proses mengeluarkan mayat. FOTO SITI ROHANA IDRIS

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tel-terbiar-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.205593 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list