CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Kelantan] Pemain bola jadi penggembala

[Copy link]
Post time 24-5-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

MOHD Zulkifli bersama lembu ternakannya di Kampung Panjang, Bachok. FOTO BERNAMA

Bachok: Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK) di sebidang tanah milik ibu bapanya di Kampung Panjang, di sini.

Bekas pemain bola sepak Kelantan, Mohd Zulkifli, 38, kemudian mengambil langkah berani untuk menukar daripada membela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.

Tiga tahun berselang, Mohd Zulkifli kini menjadi rujukan banyak pihak bukan sahaja dalam kalangan penternak, malah beberapa agensi berkaitan apabila menunjukkan kejayaan dalam bidang itu.

"Kos membela lembu KK tinggi tetapi keuntungan kecil menyebabkan saya rasa tidak berbaloi, jadi saya tukar daripada bela lembu KK kepada lembu hibrid atau lembu sado baka charolais, limousine dan mega.

"Lembu hibrid atau lembu sado yang berusia lima hingga enam bulan harga dah mencecah lebih RM5,000 dan ini memberi pendapatan yang lebih kepada saya," katanya.



MOHD Zulkifli berjaya memiliki lebih 100 ekor lembu hibrid seperti baka charolais, limousine dan mega. FOTO BERNAMA

Bercerita lanjut, Mohd Zulkifli yang lebih mesra di sapa Abe Zack berkata, walaupun tanpa sebarang ilmu khusus dalam bidang penternakan, beliau tetap berjaya apabila kini memiliki lebih 100 lembu hibrid berbanding hanya tujuh lembu KK, tiga tahun lalu.

"Hasil kejayaan yang dicapai mendapat perhatian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), mereka memberi sokongan apabila menyediakan geran kepada lima penternak lembu hibrid tahun lalu, jumlah itu meningkat kepada 13 peserta tahun ini.

"LPP mahu supaya ekosistem penternakan lembu hibrid yang baik diwujudkan dan pada masa depan projek lembu sado serta lembu pedaging berskala besar dapat dilaksanakan," kata bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Menurut Abe Zack, sebagai mentor, beliau bertanggungjawab memberi latihan mengenai teknik penternakan yang betul termasuk kaedah terbaik mengurangkan kos makanan mamalia itu.

Bekas pemain bola sepak dan atlet olahraga Kelantan ini berkata, menerusi beberapa pendekatan yang diambilnya, beliau sudah berjaya mengurangkan kos bahan makanan lembu hibrid peliharaannya.

"Satu perkara yang salah dalam aktiviti penternakan ini ialah orang akan beli lembu dahulu baru fikir mengenai makanan haiwan itu, saya pula ambil pendekatan berbeza apabila mengkaji dan melihat rutin pemakanan lembu.

"Saya tanam sendiri rumput napier dan rumput minyak selain itu di sekitar kawasan ladang ini sudah ada rumput liar.

"Di sekitar Bachok pula memang ramai petani yang menanam jagung, sisa-sisa tanaman jagung manis seperti batang, daun dan putik jagung sesuai dijadikan silaj jagung iaitu sejenis makanan alternatif yang murah bagi ternakan lembu.

"Saya beri lembu peliharaan makan tiga jenis rumput terbabit dan silaj jagung selain dedak, ini mengurangkan kos makanan kerana tidak terlalu bergantung kepada dedak sahaja," katanya.


MOHD Zulkifli memberi makanan rumput kepada lembu ternakannya. FOTO BERNAMA

Mohd Zulkifli berkata, kejayaan beliau mewujudkan satu ekosistem penternakan yang baik dan mengurangkan kos mendapat perhatian pihak berwajib dan seterusnya diberi amanah dan tanggungjawab sebagai mentor kepada rakan-rakan yang lain.

"Selain jadi mentor kepada penternak lain, saya juga sering membuat live melayan sahabat-sahabat di TikTok berkongsi pengalaman kaedah terbaik saya seperti untuk menggemukkan lembu dan bantu lembu melahirkan anak," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... la-jadi-penggembala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.054334 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list