CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

[Terengganu] Permintaan ada tapi dah tak jual

[Copy link]
Post time 24-5-2023 10:24 AM | Show all posts |Read mode

PENIAGA di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu akur dengan arahan kerajaan yang melarang penjualan telur penyu bagi mengelak kepupusan hidupan marin yang semakin terancam itu. FOTO Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Tiada lagi penjualan telur penyu di Pasar Kedai Payang di sini, selepas hampir setahun larangan menjualnya dikuat kuasa kerajaan negeri Terengganu bermula Jun tahun lalu.

Tinjauan wartawan di pasar berkenaan mendapati peniaga akur dengan arahan berkenaan apabila tiada peniaga menjual telur eksotik itu walaupun permintaannya masih ada.

Peniaga, Rohaida Yasin, 51, berkata, dia sebelum ini ada menjual telur penyu secara kecil-kecilan namun tidak lagi menjualnya sejak kerajaan negeri Terengganu mengharamkan kegiatan itu.

"Saya memang ada jual sebelum ini, tetapi bila kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang itu, saya akur.

"Sebelum larangan itu, memang ramai juga peniaga yang jual telur penyu di sini sebab permintaan itu ada sama ada dalam kalangan penduduk setempat atau pelancong.

"Namun apabila kerajaan keluarkan larangan itu, memang tak berani jual walaupun kadang-kadang ada yang bertanya," katanya ditemui di Pasar Kedai Payang di sini, semalam.

Peniaga, Rosmi Ma, 32, berkata, dia tidak pernah menjual telur penyu walaupun sebelum kerajaan melaksanakan pengharaman berkenaan.

"Saya sudah berniaga di sini hampir 10 tahun dan dalam tempoh berkenaan memang tak pernah jual telur penyu.

"Sebelum larangan itu, memang ramai juga yang jual tetapi sekarang peniaga tak berani jual sebab hukuman berat dikenakan," katanya yang menjual pelbagai jenis makanan seperti keropok dan dodol.

Kerajaan negeri Terengganu pada November 2021 meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri bagi mengelak kepupusan hidupan marin yang semakin terancam itu.

Tindakan itu bagi memastikan kesinambungan populasi penyu di Terengganu selain mengelak eksploitasi reptilia marin berkenaan secara berleluasa terutama di pasaran terbuka dan e-dagang.

Pindaan itu antara lain akan mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan penyu dengan menetapkan kadar denda yang lebih tinggi terhadap kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu iaitu RM50,000 hingga RM250,000 atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-tapi-dah-tak-jual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.216601 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list