CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

[Pahang] Lelaki maut jatuh gaung di Genting Highlands

[Copy link]
Post time 24-5-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seorang lelaki maut dipercayai akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 20 meter di KM 1 jalan naik ke Genting Highlands, Bentong, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Mohd Saufi Zakaria berkata, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dikatakan sedang melakukan pemantauan di lereng bukit bagi kerja-kerja pemasangan paip sebelum tergelincir.

Beliau berkata, lapan anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 2.53 petang.

"Bomba menjumpai lelaki itu sekitar 3.30 petang sebelum menjalankan operasi menaikkan mayat itu menggunakan tali dan alat pengusung yang mengambil masa lebih sejam," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 5 petang.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-genting-highlands
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050163 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list