CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 3

"Dia Paling Awal Sampai Lokasi Dari Pengarah Dan Pelakon Lain,"-Yasin Kalah Disiplin Dengan Wahid Satay

[Copy link]
Post time 23-5-2023 09:55 PM | Show all posts |Read mode
"Saya 'kalah' dari segi disiplin dengan Pak Wahid. Dia paling awal sampai lokasi dari pengarah dan pelakon lain.


"Saya selalu perhati, orang lama ini akan datang sebelum pengarah sampai. Kita semua kalah di situ," kata Yassin Yahya mengenai pengalamannya berlakon dengan seniman veteran, Allahyarham Wahid Satay menerusi filem Senario XX pada 2005.


Dia juga teruja kerana dapat berlakon dengan pelakon era 'hitam putih' yang diminatinya sejak kecil.




Foto: Harian Metro




"Saya memang minat Pak Wahid kerana dia legenda. Biasalah... saya orang baru, jadi memang sangat bersyukur dapat berlakon dengan orang-orang lama.


"Tinggal lagi saya jenis pemalu, lebih banyak berdiam diri di lokasi. Saya lebih banyak dengar dia berbual dengan pelakon lain tanpa menyampuk," katanya kepada Harian Metro.


Yassin menyifatkan Pak Wahid seorang pelakon yang tidak menyombong dan suka bergaul tanpa mengira kedudukan artis terbabit.


"Kita tahulah bila orang tua yang berpengalaman turun padang. Dia suka senyum tengok gelagat kita. Saya pula amat menghormati dia.


"Saya berlakon dengan Pak Wahid sekitar tiga empat hari. Ketika itu saya dah habis kontrak dengan Senario. Namun saya kena habiskan kontrak berlakon filem ini dengan abang Aziz dan Grand Brilliance ketika itu," katanya.


Filem Senario XX yang turut menampilkan Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Saiful Apek serta Fazura dan Siti Fazurina berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM2.32 juta.


Semalam, industri seni tanah air dan Singapura kehilangan sebutir permata apabila Wahid Satay atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Ahmad dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun di kediaman anak keduanya akibat sakit tua.


Jenazah arwah selamat dikebumikan di Pusara Aman, Singapura selepas Zuhur. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2023 08:10 AM | Show all posts
yelah puji lah lagi apelagi lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 08:32 AM | Show all posts
kaka tak brapa prasan plak yasin senario ni ada gandingan dgn arwah.
ada sesapa boleh igt part/movie yg mana ek?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 08:49 AM | Show all posts
g amik kenyataan dia nih buat apo?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.043529 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list