View: 672|Reply: 10
|
Mas Kahwin Tiket Coldplay Tak Sah, Tiada Nilai
[Copy link]
|
|
Pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dianggap tidak sah dan tidak mempunyai nilai.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menyatakan cara ini bertentangan dengan hukum syarak kerana mas kahwin adalah sesuatu yang bernilai dan berharga.
TribunNews
"Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.
"Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
"Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, Abdul Rahman menjelaskan bahawa meskipun tiket tersebut tidak diiktiraf sebagai mas kahwin, perkahwinan tetap sah.
Tambahnya, jika tiket Coldplay dijadikan sebagai mas kahwin secara tunggal, ia tidak sah kerana dianggap tidak mempunyai nilai.
Pada Isnin, pasangan pengantin di Indonesia menjadi tular selepas menggunakan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
over la. perasan terpaling rare la majlis nikah ko kan |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tak punya nilai ko kata ??? iols senyum siniss jah |
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu."
apa maksud ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Junior macik kat uni dulu
Nikah paksa di Pahang (Cameron)
Mas kawen cincin suasa tikam tu je
10 hengget tak sampai
Sah ke tak sah nih |
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah dgar ada yg nikah mas kahwinnya hutang. gimana tuh? nilai ke tak bernilai hutang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 23-5-2023 10:33 PM
iols pernah dgar ada yg nikah mas kahwinnya hutang. gimana tuh? nilai ke tak bernilai hutang tu
Aah betul juga kan
Yang paling hauk
Bagi mas kawen kat bini 50k
Lepas nikah
Suruh bini belanja suami guna duit tu
Bukan mas kawen ni patut jadi hak isteri semata
Suami diharamkan meminta minta
Kalau dedolu mas kawen lembu sekor
Tiba lepas nikah lembu mati tergolek
Sah tak sah? |
|
|
|
|
|
|
|
"Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu."
fuyoooo
aku lebih tertarik dgn statement ni
kalau mcm ni, baik minta seekor lembu terus
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang x sah sebab tiket tu takde nilai sendiri. Lepas konsert dia akan jadi sehelai sampah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Xde nilai kau kata ....orang berebut nak beli sampai boleh jual balik harga sama dgn mivy... |
|
|
|
|
|
|
| |
|