CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Perlis] Pelihara flora fauna di Wang Kelian: Pemangku Raja Perlis

[Copy link]
Post time 23-5-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) bersama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (empat dari kanan) berkenan melawat pameran bersempena pelancaran Projek Wang Kelian: Lembah Yang Kian Hilang di Hotel Putra Brasmana, Kangar, Perlis hari ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN


KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru masyarakat agar dapat memelihara flora dan fauna di kawasan Wang Kelian yang mempunyai pelbagai khazanah unik sejak sekian lama.

Titah baginda, aspek kebersihan juga perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi menggelakkan kawasan tersebut tercemar akibat daripada tindakan pembuangan sampah.

“Dalam masa sama, berilah perangsang atau semangat kepada masyarakat setempat untuk lebih bergiat aktif dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif pemuliharaan alam sekitar di kawasan itu.

“Masyarakat setempat perlu diberi penerangan dan bimbingan bagi memastikan segala inisiaitif yang dilaksanakan oleh badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini tidak hanya sekadar ‘one-off’ dan kemudiannya ditinggalkan,” titah baginda melancarkan Projek Wang Kelian: Lembah Yang Kian Hilang di Hotel Brasmana di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, pelaksanaan projek itu berupaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi menghargai kepelbagaian biologi dan alam semula jadi di Wang Kelian yang merupakan sebahagian daripada rizab Taman Negeri Perlis.

Titah baginda, projek itu juga dapat menzahirkan keindahan alam semula jadi dan keistimewaan warisan sejarah tempatan Wang Kelian menerusi penerbitan buku, pameran serta dokumentari.

“Ekopelancongan tidak hanya memberi manfaat kepada para pengunjung, tetapi turut memberi kesan positif terhadap komuniti setempat.

“Melalui ekopelancongan juga, masyarakat setempat boleh menjana pendapatan melalui kegiatan ekonomi sebagai contoh menjadi pemandu pelancong, menjalankan perniagaan makanan dan minuman berasaskan warung, mendirikan inap desa dan sebagainya,” titah baginda.

Titah baginda, inisiatif itu juga dapat menggalakkan golongan belia tempatan menjalankan perniagaan berasaskan pelancongan bagi menjana pendapatan di samping memperkasakan lagi aktiviti komuniti setempat.

“Beta amat berharap melalui projek ini, masyarakat setempat di Wang Kelian dan Kaki Bukit akan terus berusaha keras lagi bagi mengambil kesempatan untuk melibatkan diri secara serius dalam kegiatan-kegiatan ekonomi industri ekopelancongan supaya kelestarian alam flora dan fauna terus terpelihara,” titah baginda.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... mangku-raja-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.500493 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list