CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

[Terengganu] 'Sayang rezeki Allah dipijak begitu sahaja'

[Copy link]
Post time 23-5-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular menunjukkan petani memijak dan merosakkan buah tembikai yang belum dipetik.

Kuala Terengganu: "Sayang bila rezeki yang Allah kurniakan dirosakkan dan dipijak begitu sahaja.

"Exco Pertanian Terengganu juga anak tani, membesar sebagai anak tani, belajar sampai luar negara dari hasil tani dan sampai sekarang ambe (saya) masih anak tani.

"Tersentuh hati melihat semua ini," itu kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berhubung video tular menunjukkan petani memijak dan merosakkan buah tembikai yang belum dipetik.

Katanya, beliau sudah mendapatkan maklumat daripada Pengarah Pertanian dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu berhubung video berdurasi 26 saat itu yang dikatakan berlaku di Setiu.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, FAMA masih membeli tembikai dengan harga lantai iaitu RM1 sekilogram (kg).

"Memang ketika ini harga tembikai mengalami penurunan selepas mencapai kemuncak sebelum dan awal Ramadan.

"Malah, pekebun dan petani perlu berhubung dengan agensi kerajaan seperti FAMA yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal pasaran.

"Masalah yang berlaku seperti penurunan harga bukan saja terjadi dengan tembikai saja, malah dengan buah-buahan lain," katanya menerusi Facebook (FB) miliknya, hari ini.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi berkata, kerajaan ada mekanisma pembelian hasil tani dengan harga lantai yang ditetapkan.

"FAMA memaklumkan pihak mereka tidak tahu masalah dihadapi petani terbabit sebelum melihat video tular di laman sosial," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pijak-begitu-sahaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.058404 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list