CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

84 Keluarga Orang Asli Di Gua Musang Lancar ‘Perintah Berkurung’ Elak Serangan Pak Belang

[Copy link]
Post time 23-5-2023 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Bimbang dengan ancaman harimau, 84 keluarga Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Aring 5 di Gua Musang memilih untuk 'berurung'.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Aring 5, Mohd. Fazli Mamok berkata, tindakan bertujuan menghindarkan diri dan keluarga daripada terserempak dengan pak belang.


“Saya menerima aduan ada penduduk yang melihat kelibat dan kesan tapak harimau dalam ladang kelapa sawit sebelum pintu masuk menuju ke kampung ini.




PENDUDUK Orang Asli suku kaum Bateq mengambil keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung susulan ancaman harimau di di Kampung Aring 5, Gua Musang, Kelantan.-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH




“Kami berharap ada tangkapan haiwan liar dibuat oleh pihak berwajib. Kami mahu keselamatan terjaga selepas seorang penduduk ini maut dibaham harimau lebih seminggu lalu,” katanya.


Sementara itu, Tok Batin Kampung Aring 5, Raina Anjang memberitahu, urusan harian mereka terjejas susulan kejadian yang Halim Asin, 27, selepas maut dibaham harimau minggu lalu.


Katanya, bagi menjaga keselamatan, dia meminta penduduk tidak masuk ke hutan selama sebulan selagi harimau berkenaan tidak ditangkap.


“Saya mengalu-alukan tindakan selanjutnya oleh pihak berwajib kalau boleh supaya binatang buas ini dapat ditangkap.


“Kami tidak mahu membahayakan nyawa terutamanya anak yang masih kecil dan lebih baik kami berkurung sahaja dalam rumah,” ujarnya.


Seorang penduduk, Ayob Abdul Razak, 35, meluahkan rasa syukur apabila mendapat bantuan sumbangan makanan daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).


“Beberapa hari lepas, saya bersama tiga orang rakan mandi di sungai dan menjumpai kesan tapak harimau kira-kira tiga kilometer dari kawasan kampung.


“Kami berasa tidak selamat dan berharap agar penduduk menjaga keselamatan diri kerana harimau yang membaham seorang penduduk kampung masih belum ditangkap,” katanya.


Sebelum ini, akhbar ini melaporkan seorang lelaki Orang Asli suku kaum Bateq ditemukan tersangkut pada tunggul kayu dalam keadaan separuh bogel di kuala Sungai Tunggul di Kampung Aring 5 di sini pada Khamis lalu.


Mangsa, Halim Asin, 27, dijumpai pada hari kedua operasi pencarian oleh pasukan penyelamat dalam keadaan telungkup di dalam air kira-kira pukul 5.10 petang.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047798 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list