View: 4220|Reply: 78
|
Discaj Lelaki Koma, HTJS Akan Siasat Secara Terperinci
[Copy link]
|
|
Seremban: Pihak pengurusan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) akan menyiasat dengan teliti berhubung tular aduan seorang wanita yang mendakwa suaminya yang berada dalam keadaan koma diarahkan discaj dari hospital meskipun keadaan belum stabil.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, pihaknya juga akan mengadakan satu perjumpaan dengan keluarga terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.
Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS). FOTO Arkib NSTP
"Kami ingin merujuk kepada satu hantaran yang tular di laman Facebook milik Afifa Ramli hari ini berkenaan pesakit diarah untuk discaj dari wad dalam keadaan masih tidak stabil.
"ihak HTJS memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti isu terbabit.
"Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang
terbabit sepanjang proses siasatan ini dijalankan," katanya.
Terdahulu seorang wanita meluahkan isi hatinya mengenai keadaan suaminya yang sudah koma sejak 30 hari lalu, namun didesak supaya dibenarkan keluar wad dari HTJS.
Dakwa wanita itu, sepanjang minggu lalu pakar mendesak pesakit dibawa keluar dengan alasan suaminya sudah stabil dan sudah tidak memerlukan rawatan pakar lagi selain alasan wad memerlukan katil kosong.
Wanita itu mendakwa, pada Jumaat lalu suaminya didiscaj dan dia terpaksa menyewa sebuah ambulans swasta untuk membawa lelaki itu pulang ke rumahnya di Jelebu.
Bagaimanapun, dakwanya, ketika hampir tiba di rumahnya, suaminya diserang sawan sebelum dia menghubungi talian 999 dan membawa lelaki itu ke Hospital Jelebu.
Dia mendakwa, suaminya dirawat di zon merah dan mengalami sawan beberapa kali selepas itu sebelum doktor memberitahunya lelaki itu mengalami demam.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
masa nk discharged tu jmpa doc tak minta explanation?
aku mak masuk spital 4 hari
hari2 aku merayu dgn nurse nk jmpa doc
boleh plak cakap 'saya dah explain kat pesakit'
hellooo...pesakit umur 80 kot
dengan ada masalah pendengaran
ko explained bukan dia faham
dan nk explain balik pada guardian pun dia lupa2 term ko sebut
tapi aku buat aduan secara rasmi
dapat lah jumpa doc hari sama nak discharged
itu pun bukan doc yang in charge
dia hantar doc jamilah nama diberi
baik je jwb soalan aku
mungkin sbb aku dah buat aduan rasmi kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian, ada baca suami dia anggota polis kan.
Anak kecik lagi baru 4 bulan.
Raya ke 2 kena gigit tebuan pastu rebah kat dapur jatuh terhentak simen.
Tak paham kenapa ya doktor nak cecepat discaj pesakit? Setau iols kalau dh masuk hospital ni kemain payah nak discaj ini masih tak sedarkan diri pun doktor dah kalut nak halau pesakit.
|
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 22-5-2023 10:09 PM
masa nk discharged tu jmpa doc tak minta explanation?
aku mak masuk spital 4 hari
hari2 aku merayu d ...
Silap hb mak ekau dementia mcm mak aku.. alamatlaa.. hahahaha.. suh pusing Kiri knan pun tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 23-5-2023 06:37 AM
Kesian, ada baca suami dia anggota polis kan.
Anak kecik lagi baru 4 bulan.
Raya ke 2 kena gigit teb ...
Kannn.. aku dedulu tak nak masuk sepital.. doc ckp cannott.. masuklaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 23-5-2023 06:44 AM
Silap hb mak ekau dementia mcm mak aku.. alamatlaa.. hahahaha.. suh pusing Kiri knan pun tak tau
Mcm tok sedara iols le dolu .
Makan nasik kosong je
Bila tanya..
Eh tak makan lagi
Rupanya anak dia cakap dah 5 kali dah menambah
Dia cakap tak makan lagi..
Pastu muntah2...sebab dah banyak makan nasik...
Mmg menduga kesabaran kan |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 22-5-2023 09:57 PM
Teringat cite Dr cha
Episod ahad ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 22-5-2023 09:57 PM
Teringat cite Dr cha
haa nasib polis ni dpt di rawat di hospital lain pulak. yg kes dr cha ni, mmg sedih . walau pun drama je |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian adik ni. Dah la hospital satu hal, hat kebajikan pdrm yg caca marba pun hal lain |
|
|
|
|
|
|
|
Spt biasa isu kesihatan fasiliti kat msia jd isu. Isunya duit je, ada duit semua blh jalan. Hospital awam pun ada masalah kekangan bajet jgk sbb kekayaan negara bnyk abes bayar pencen menteri Dan ahli2 parlimen . Dorang ni beban utama negara bkn penjawat awam. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 22-5-2023 09:57 PM
Teringat cite Dr cha
Dr cha tu lain sikit. Sebab pesakit yang nak keluar. Kan dia cakap masa dr suruh dia warded dia setuju sebab dia panik. Bila masuk wad, dia sibuk nak keluar,anak dr pun 50-50 nak discharge dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada update kes ni lagi bagus,dapat sesuatu yang baharu. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 23-5-2023 06:45 AM
Kannn.. aku dedulu tak nak masuk sepital.. doc ckp cannott.. masuklaa..
Tau takpe bila dh masuk susah weh nak keluar, jenuh la tanya bila boleh discaj
Kalau dapat discaj tak penah awal waktu walhal doktor melawat wad kul 9am bitau ari ni awak bleh balik dah ye kita pun terus kalut pi mandi kemas brg2 sesiap. Tak lalu dah nk mkn sgt hahaha sekali lps maghrib baru dapat balik.
Asal misi lalu tanya dah boleh dah ke ye balik? Misi pun jawab blm lg ye doc tak sign lagi blablablaaa..
Ya Tuhan hati aku dh kt umah dah hahahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
biasenye klu dh takde harapan & tak bole buat ape2 doktor mmg suruh bwk balik je |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 23-5-2023 06:48 AM
Mcm tok sedara iols le dolu .
Makan nasik kosong je
Bila tanya..
Itu satu Hal.. yg aku tak tahan tuu taik dicampaknya merata.. aku tukang kutip |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 23-5-2023 07:56 AM
Tau takpe bila dh masuk susah weh nak keluar, jenuh la tanya bila boleh discaj
Kalau dapat discaj ...
Tu la.. aku rasa kena dengo dua belah pihak.. mgkin dah takde harapan kee.. so doc suh laa bwk blk |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga kes dibenarkan balik sekiranya tiada lagi rawatan khas cums untuk penjagaan biasa ( nursing care) ada yang ambil kesempatan supaya tak di discaj..tak perlu jaga |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pulak mintak doctor nak balik cepat. Doctor tak bagi.. dah ler spital bangunan lama tu mcm cite hantu hospital. Bilik double sebelah xde org. Hari ke 2 baru dpt pindah bangunan baru Lawa sikit la. Hospital skg semua penuh wey.. baik gomen or swasta.. |
|
|
|
|
|
|
|
sama!
janji sebelum lunch tapi dah habis office hour baru boleh keluar.
dah la lunch dgn minum petang tak ada sbb patutnya keluar sebelum lunch.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|