View: 229|Reply: 1
|
Wanita Lawat Jantung Sendiri Di Muzium
[Copy link]
|
|
London – Seorang wanita di Britain baru-baru ini melawat sebuah muzium untuk melihat jantungnya yang telah dikeluarkan oleh doktor dalam satu pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya 16 tahun lalu, lapor laman berita Wion News semalam.
Jennifer Sutton, 38, dari Ringwood, Hampshire berkata, dia ‘sukar percaya’ apabila melihat jantungnya sendiri dipamerkan di Muzium Hunterian di London.
Jantung Sutton dipamerkan di Muzium Hunterian di London. - Tom Evans
Sutton kini merancang untuk mempromosikan kempen pendermaan organ yang disifatkan sebagai ‘hadiah paling hebat’ untuk diberi kepada seseorang.
Bercakap kepada Badan Penyiaran Britain (BBC), Sutton berkata, dia kini menjalani kehidupan yang aktif dan sibuk, selain merancang untuk ‘menjaga diri supaya bertahan selama mungkin’.
Ketika belajar di sebuah universiti, Sutton bergelut untuk melakukan senaman seperti berjalan mendaki bukit.
Dia kemudian disahkan menghidap kardiomiopati restrictive iaitu keadaan kesihatan yang menyekat keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Doktor berkata dia akan meninggal dunia jika tidak menjalani pemindahan jantung.
Kesihatan Sutton yang ketika itu berusia 22 tahun merosot dengan pantas ketika masih kekal dalam senarai menunggu. Pada Jun 2007, dia menemui penderma yang sepadan.
Selepas pembedahan, Sutton membenarkan Kolej Pakar Bedah Diraja menggunakan jantungnya untuk dipamerkan dan kini diletakkan di muzium tersebut.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik diberikan rezeki umur yang panjang |
|
|
|
|
|
|
| |
|