View: 403|Reply: 6
|
Wanita Tikam Suami Benci Dibandingkan Dengan Bekas Isteri
[Copy link]
|
|
Bangkok – Seorang wanita di wilayah Chon Buri, Thailand menikam suaminya sebelum membakar kereta mangsa kerana sering dibandingkan dengan bekas isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Anggota Balai Polis Samet dan Yayasan Penyelamat Nithi Tri Kannatham bergegas ke lokasi kejadian pukul 9 malam (waktu tempatan) semalam selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang cedera.
Mangsa yang dikenali sebagai Samart Kengparn, 36, dibawa ke Hospital Chon Buri kerana tikaman pada lengan dan bahu kanannya.
Kereta Nissan Navara milik lelaki itu dibakar ketika dia cuba melarikan diri. - Anan Supakijjanusorn
Menurut Samart, isterinya yang bernama Tik menikamnya ketika dia sedang bermain dengan anjing peliharaan mereka.
Samart cuba mendapatkan rawatan di pusat kesihatan awam berdekatan, namun isterinya membakar trak pikap Nissan Navara miliknya.
Tik menunggu polis di lokasi kejadian dan menunjukkan mukanya yang lebam akibat perbuatan suaminya.
“Saya dan suami sudah lama bersama. Dia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang saya lakukan untuknya. Baginya, saya tidak dapat menandingi bekas isterinya.
“Saya marah dan perkara itu menyebabkan pergaduhan. Jadi saya tikam dia dua kali. Apabila dia melarikan diri, saya membakar keretanya,” kata Tik dalam keadaan sebak.
Polis menyoal siasat wanita itu dan kemudian menghubungi suaminya yang cedera untuk membincangkan kes tersebut bagi meneruskan tindakan undang-undang.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Pentingnya ada ilmu mengawal perasaan amarah |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas isteri tu dah mati atau kena cerai atau jantan ni kena dump?
Kalau kena dump mungkin sebab dia bodoh, kalau dia yang ceraikan confirmlah lah jantan ni memang bodoh layak sangat ditikam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu hari esok dunia ni akan dikuasai golongan wanita.
Lelaki akan jadi golongan lemah (lemah mental, lemah fizikal)......bila benci kena lepuk, cemburu kena tikam, curang kena bunuh...........
Thats why golongan LGBT makin bertambah. Wanita terlalu kejam pada lelaki |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau dah kahwin lain, jangan sesekali banding bini/laki baru dgn yg lama.
Kalau takleh move on lagi, takyah kawen lain.
Takda manusia suka kena banding² ni. Paham.
Kang bini banding pisang kau dgn bekas dia, tau sakit hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap Watie Soeb baik2 saja lepas baca berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Don't play2 with ppuan Thai punya cemburu...meols ada 2 ex colleague American yg kemain boya, lps tu kawen dgn ppuan Thai, amik ko menikus lps kawen, kena control dgn bini...nak kuar gi mana2 mesti bini nak ikut jer...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|