CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 3

Kumpulan Wanita Bangga Tayang Duit Kutu RM763,000 Kena Siasat

[Copy link]
Post time 22-5-2023 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan wanita menayangkan longgokan duit kutu berjumlah 2.5 bilion rupiah (RM762,933), lapor laman berita Tribun Jateng semalam.


Berdasarkan video itu,  wang kertas denominasi 100,000 rupiah (RM30.50) dan 50,000 rupiah (RM15.25) dilonggok di atas meja sebuah kafe di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.


Mereka dilihat teruja menanti cabutan undi bagi menentukan siapa yang bakal menerima wang sebanyak itu.


Kumpulan tersebut meletakkan duit kutu di atas meja sebuah restoran di Makassar. – Istimewa





Menurut maklumat, kumpulan tersebut menyumbang duit kutu sebanyak 100 juta rupiah (RM30,520) sebulan, setiap orang.


Video tersebut  tular dan menerima pelbagai komen netizen.


Sementara itu, Pejabat Wilayah Direktorat Awam Cukai Sulawesi Barat dan Tenggara berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut.


“Ya, kami sedang memantau video tersebut,” kata pemangku Ketua Direktorat Awam Cukai  P2Humas Sulawesi Barat dan Tenggara, Alimuddin Lisaw seperti dipetik laman berita Detik.


Namun, kata Alimuddin, pihaknya ketika ini tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai tindakan yang akan diambil kerana masih mengumpul bukti kejadian itu.


Tambahnya, hal itu akan diselidiki dengan lebih lanjut oleh unit kerja di bawah Direktorat Awam Cukai atau pejabat perkhidmatan cukai tempatan.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 08:42 PM | Show all posts
Banyaknya, macam-maca perkara boleh dibelanjakan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
geng2x founder ke ni. gaya mcm tu dah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 09:14 AM | Show all posts
kutu sorang 30K sebulan.. ni golongan T20 punya kutu..
tu sebab bulan2 amount boleh beli rumah sebijik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54570 Replies : 22
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 36856 Replies : 78
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3298 Replies : 14
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49492 Replies : 102
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283570 Replies : 8376
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 65698 Replies : 42
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 19483 Replies : 28
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98958 Replies : 1025
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42538 Replies : 162

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.250954 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list