View: 1137|Reply: 15
|
Ramai Tertanya-Tanya Macam Mana Ibu Hidap Tourrete Urus Anak, Ajaibnya ‘Tics’ Terus Hilang Lepas Peluk Cium!
[Copy link]
|
|
Seorang ibu dengan sindrom Tourrete menjelaskan penyakitnya itu tidak menyakiti anaknya yang masih bayi.
mStar
Dengan gerakan dan pertuturan yang berlaku tanpa dapat dikawal, pasti ramai yang membayangkan perkara buruk akan berlaku terutama sekali ketika mengendalikan bayi mahupun senjata tajam.
Sering diasak dengan persoalan seperti itu, Nursyakina Mohd Shah tampil berkongsikan pengalamannya.
"Stres semasa sakit kontraksi membuatkan saya mengalami pelbagai jenis tics dan ia berlaku dengan kuat.
"Tapi apabila bergerak ke ruangan bersalin dan hampir melahirkan, tics berkurangan kerana fokus dah beralih kepada sakit untuk bersalin," ujarnya yang melahirkan anak ketiga secara normal pada Februari lalu.
Sebagai makluman, sindrom Tourette merupakan sejenis penyakit neurologi dan selalunya bermula dengan gejala tik.
Tik ialah pergerakan yang tidak boleh dikawal dan keadaan itu berlaku secara tiba-tiba serta berulang, namun hanya sekejap pada peringkat awal kerana keadaan boleh menjadi semakin teruk dan melibatkan lebih daripada satu pergerakan dan anggota badan.
Meskipun sudah mempunyai dua cahaya mata sebelum ini, Nursyakina yang mesra disapa Tia tetap mengalami kesukaran untuk mengurus dan mengendalikan bayi.
Tambahan pula simptom yang dialaminya berkait rapat dengan gangguan obsesif kompulsif (OCD).
"Untuk jaga bayi ada yang saya rasa susah... macam nak pakaikan lampin pakai buang. Sebab tics ni kadang-kadang berkait dengan OCD.
"Saya pakaikan baby dengan lampin jenis berpelekat dan semestinya semasa nak pakaikan tu, dia akan bergerak-gerak. Itu membuatkan saya terpaksa berulang kali buka dan lekatkan semula pelekatnya.
"Kadang-kadang sampai lima kali saya lakukan perkara yang sama," ujarnya ketika dihubungi mStar.
Untuk rekod, kisah Tia dengan sindrom Tourrete pernah mendapat liputan mStar pada Mei tahun lalu.
Pada ketika itu Tia berkongsi cerita menjadi mangsa buli selain perkahwinan pertamanya musnah hanya kerana dia menghidap Tourrete.
Berkongsi lanjut tentang bagaimana dia menguruskan anak-anak, Tia berkata dia tidak mengalami masalah untuk mengangkat mahupun mendukung bayinya.
Malah dia merasakan gerakan tanpa sedar yang sering terjadi terhadapnya, tidak berlaku semasa dia menyentuh bayi.
"Mendukung bayi adalah terapi untuk saya hilangkan tics. Daripada segi penyusuan pula, memang tiada masalah langsung.
"Mungkin sebab ada eye contact semasa menyusukan anak, lagipun masa ni dia berada dekat dan membuatkan saya rasa sangat tenang. Tics tu ada tapi hanya kelip-kelip mata sahaja.
"Mandi kolam bersama bayi pun tiada masalah dan tak pernah lagi berlaku kejadian tidak diingini," kongsinya gembira.
mStar
Bercerita lanjut, meskipun pernah gagal dalam perkahwinan pertama, Tia mengakui kehidupannya berubah 360 darjah selepas mengenali Mohamad Nor Alif Jamsari yang kini merupakan suaminya.
Mana tidaknya, dia bukan sahaja dilayan seperti permaisuri malah suaminya sering membuat kejutan yang tidak disangka-sangka.
Paling menggembirakannya apabila suami meletakkan 100 peratus kepercayaan terhadap dia untuk menguruskan anak meskipun mengetahui masalah sindrom Tourrete.
Menyedari sindrom yang dialaminya kurang diketengahkan kerana bilangan pesakit yang tidak ramai di negara ini, Tia tampil dengan pelbagai video di TikTok berkaitan sindrom Tourrete seperti cara mengendalikan bayi, bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
Tambahan pula dia pernah mengalami episod sedih kerana orang sekeliling termasuk ibu dan ayahnya tidak mengetahui tentang gejala tik mahupun masalah yang dihidapi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bacaan tambahan yg bagus mengenai OCD dan Tourette syndrome.
|
|
|
|
|
|
|
|
penyakit apa ni?..tlg explain |
|
|
|
|
|
|
|
koko2 replied at 22-5-2023 07:37 PM
penyakit apa ni?..tlg explain
|
|
|
|
|
|
|
|
salute her.. tourette is not an easy condition |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm pernah perasan ada org yg terkelip-kelip mata leher pusing gitu je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kecik aku ada mild tic ni
Sentiasa nk gerak kn kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Possible ke tics ni tiba2 jd bila org tu dah dewasa?
Masa kecik/remaka xde pun tics tu |
|
|
|
|
|
|
|
kali pertama jumpa orang sakit ni lebih kurang 10 tahun lepas kat perhentian bas...aku jauhkan diri sebab aku sangka orang gila...
antara kebaikan sosial media macam tik tok ni adalah boleh bagi awareness terhadap penyakit2 rare yang kita jarang jumpa...selalunya stigma jadi sebab kita tak faham keadaan mereka..bila ada video2 macam ni banyak kita boleh belajar.. |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku sorang ada gini, tapi yg mild punya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kali pertama iols tgk org ada tourettes.. walopon kat medsos.. |
|
|
|
|
|
|
|
Way bck in the 80s jiran seblah umah kt kg sebijik mcm ni.
Mmg teruk siap ngn bunyi².
Semua igt dia gila.
In the end dia lari dr umah & jd homeless.
Fst frwd jaman smartphone baru kenal pnyakit tourrete ni.
Voley tgk movie front of the class.
Feel good movie.
Nk tgk yg extreme case of tourrete p carik kt yt.
Mmg kesian sgt² yach..
Retis femes ada tourrete antaranya billie eyelash ngn lewis capaldi. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 22-5-2023 07:43 PM
Best kan movie ni.
Lama kot dia idop ngn condition gini sbb kapir pn time tu x familiar ngn sindrom tourrete.
Kt mesia ni lgsung terus cop gila. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 23-5-2023 06:41 AM
Kali pertama iols tgk org ada tourettes.. walopon kat medsos..
Waktu mula² kenal sindrom ni terus sel² otak meols teringat jiran kampung kna cop gila ngn adik bradik sendri sampei idup jd homeless.
Otak org kita ni kengkadang cetek sgt malas nk paham knp² conditions gitu jadi so lgsg terus boh label. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 23-5-2023 06:55 AM
Best kan movie ni.
Lama kot dia idop ngn condition gini sbb kapir pn time tu x familiar ngn sindro ...
kapir belah dunia maju ni byk jgk bg ilmu n awareness kt dunia dlm byk hal. Kalau nk harap lobai paspuspis kita alamatnya dok ulang citer zaman jepun sambil bangga diri. Jasa satu habuk pun tadak. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 23-5-2023 07:00 AM
Waktu mula² kenal sindrom ni terus sel² otak meols teringat jiran kampung kna cop gila ngn adik ...
Org2 mesia mmg kurang cakna bab2 penyakit ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|