CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Tenaga Kena Kerah, Gaji Tak Pernah Dapat

[Copy link]
Post time 22-5-2023 07:04 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket eksploitasi pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan yang didalangi warga asing dan individu tempatan dalam operasi khas dijalankan di beberapa lokasi sekitar Temerloh, Pahang pada 16 Mei lalu.


Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi bermula jam 7 malam itu membabitkan pegawai dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Putrajaya dengan melakukan serbuan di dua premis sekitar Temerloh, Pahang.


Antara wanita warga Indonesia yang diesploitasi sebagai pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan yang diselamatkan. FOTO Ihsan JIM.




"Dalam operasi itu, pasukan menyelamatkan 10 wanita warga Indonesia berusia antara 23 hingga 50 tahun yang memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh.


"Kesemua mereka dipercayai menjadi mangsa eksploitasi sindiket dengan bekerja sebagai pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Ruslin berkata, pihaknya turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang juga memiliki PLKS tamat tempoh berusia lingkungan 30 tahun dipercayai sebagai penjaga kepada semua mangsa terbabit.


"Dalam serbuan kedua jam 8.30 malam, hari sama, di sebuah premis agensi pekerjaan, kami menahan seorang wanita yang juga pemilik agensi berkenaan berusia 40 tahun.


"Wanita itu dipercayai membawa masuk kesemua warga asing itu dan menguruskan sindiket berkenaan," katanya.


Beliau berkata, modus operandi sindiket adalah menggunakan wanita warga asing untuk bekerja sebagai pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan di rumah yang ditentukan mereka.


Katanya, pemilik rumah yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan itu akan menghubungi agensi pekerjaan dan mengatur tarikh juga waktu bekerja termasuk menghantar serta mengambil mereka selepas selesai bekerja.


Beliau berkata, melalui pengakuan lisan daripada semua mangsa, mereka memaklumkan tidak pernah menerima gaji secara fizikal daripada sindiket itu.


"Malah, kebebasan mereka turut disekat seperti kemudahan cuti bekerja dan juga penggunaan telefon bimbit bagi menghubungi ahli keluarga di negara asal.


"Bayaran bagi mendapatkan perkhidmatan daripada sindiket ini adalah antara RM150 hingga RM250 sehari.


"Sindiket ini beroperasi sejak lebih dua tahun lalu dan dipercayai mengaut keuntungan sebanyak RM900,000 setahun hasil bayaran mendapatkan pembantu rumah harian dan pekerja pembersihan," katanya.


Menurutnya, kesemua warga asing terbabit dibawa dan ditempatkan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.


"emilik agensi pekerjaan warga tempatan yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai soal siasat.


"Jabatan ini akan meneruskan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.535971 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list