CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 750|Reply: 7

Suhu Cecah 40 Darjah Celcius, Aiman Tino Muntah-Muntah Akibat Demam Denggi

[Copy link]
Post time 22-5-2023 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Suhu badan mencecah 40 darjah celcius, Aiman Tino dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Johor sejak malam Sabtu lalu akibat demam denggi.


"Sepatutnya saya ke Johor ini untuk menjalani penggambaran telemovie. Tapi pada hari Rabu saya dah mula demam. Khamis dan Jumaat saya hanya duduk berehat di hotel saja.


Foto: IG




"Saya mula shooting Isnin lepas dan Rabu tu dah mula tak sihat terpaksa ambil cuti dua hari. Sabtu saya sambung kerja ingat dah betul-betul sihat tapi malam tu saya muntah empat kali.


"ergi hospital bila doktor check tekanan darah rendah dan badan terlalu panas sehingga cecah suhu 40 dan keputusan darah keluar doktor beritahu saya kena denggi," katanya kepada mStar.


Aiman memberitahu pada awalnya dia dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu dan kemudiannya dipindahkan di Hospital Pakar KPJ Johor.




  



Dia turut ditemani oleh isterinya iaitu Che Syarah Haifah Che Isa, 24, sepanjang berada di Johor.


"Sekarang ini saya di Johor dengan isteri saya. Dia yang pantau keadaan saya di sini sekarang," ujarnya.




  



Aiman bagaimanapun memaklumkan keadaannya kini semakin pulih dan berharap dapat meneruskan komitmen kerja kerana tidak mahu membebankan tenaga produksi yang lain.


"Sekarang Alhamdulillah keadaan saya makin pulih dipantau tapi kata doktor jangkitan dah merebak ke hati jadi doktor masih buat pemeriksaan darah untuk pemantauan.


"Cuma saya rasa lebih sihat dan tak macam awal-awal haritu. Kalau keadaan saya bertambah baik, mungkin sehari dua lagi boleh keluar hospital.


"Saya sekarang memang fikir nak sambung kerja saja. Sepatutnya memang kami shooting direct sampai 30 haribulan," jelasnya.




  



Dalam pada itu, Aiman turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan.


"Saya cuma nak nasihatkan dekat orang ramai untuk lebih berhati-hati. Memang doktor pun cakap denggi tengah berleluasa sekarang.




  



"Jaga kebersihan sekeliling kita terutamanya kawasan perumahan dan elakkan perkara yang boleh membuat nyamuk aedes membiak," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 03:13 PM | Show all posts
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo??????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah baru check dekat google ni suhu sekarang 33c, feels like 39c. Panas woooo
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 04:17 PM | Show all posts
teruknya kena demam denggi... mesti sakit gila kepala... ambik masa la nak recover...

mesti cikki yang nak bunuh diri sebab tak dapat eman haritu gigih nak datang melawat kan... sebelum terlambat gittew

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 04:22 PM | Show all posts
turut ditemani oleh isterinya iaitu Che Syarah Haifah Che Isa, 24, sepanjang berada di Johor.


bila nikoh

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:58 AM | Show all posts
supernaturalee: bila nikoh


lahhh uols ni very the late

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2023 11:08 AM | Show all posts
An autistic test is a way to assess someone's behavior, communication methods, and social interactions to see if they have autism.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyakkan minum air..selalu pesakit denggi akan muntah2 boleh membawa kepada dehydration..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.040528 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list