CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 5

Kereta Bertentangan Elak Babi Melintas, Penunggang Motosikal Warga Emas Maut Selepas Lima Jam Bertarung Nyawa

[Copy link]
Post time 22-5-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
JEMPOL – Seorang penunggang motosikal maut di hospital selepas lima jam bertarung nyawa terbabit dalam nahas kenderaan arah bertentangan mengelak babi melintas di kilometer 11, Jalan Bahau-Rompin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang merupakan peneroka warga emas, Mohamad Noor Ibrahim, 61, beralamat di Felda Serting Hilir 3, disahkan meninggal dunia di Zon Merah, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.


Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, kemalangan berlaku kira-kira pukul 10 malam membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Nissan Almera dipandu oleh seorang lelaki berusia 22 tahun yang bekerja sebagai tukang masak dan motosikal jenis Kawasaki yang ditunggangi mangsa.




Foto: Kosmo




Jelasnya, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dalam perjalanan balik dari arah Bahau ke Batu Pahat, Johor, manakala motosikal dari arah Rompin hendak ke Bahau.


“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang bergerak terus dipercayai cuba mengelak dari haiwan di jalan yang menyebabkan kereta telah masuk sedikit ke laluan bertentangan.


“Pada masa yang sama datang motosikal dari arah bertentangan lalu bergesel dan melanggar sisi kanan kereta hingga menyebabkan mangsa serta motosikalnya telah jatuh terseret ke bahu jalan.


“Akibat dari pelanggaran tersebut, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke HTAN bagi menerima rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ujar Chang Hook lagi, kira-kira pukul 3.15 pagi keesokan harinya, polis telah menerima panggilan dari hospital mengatakan mangsa disahkan telah meninggal dunia.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 12:01 PM | Show all posts
undang2 jalan raya sebut klu ada haiwan melintas kita jgn elakkan? ke dah berubah? seingat aku alasan kenapa tak dibenarkan mengelak haiwan melintas dikhuatiri menyebabkan bahawa kepada pengguna yg lain. so langgar dan berhenti pada laluan sendiri. klu sempat brek, cubalah. tapi risau kena sondol dari belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 01:28 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 22-5-2023 12:01 PM
undang2 jalan raya sebut klu ada haiwan melintas kita jgn elakkan? ke dah berubah? seingat aku alasa ...

kan..ada terfikir jugak

ayah iols pon pernah cakap
kalau ada haiwan melintas, teruskan memandu jangan elak.
sebab pernah sekali, dia baru balik keje malam, ada musang melintas.area situ pulak gelap gelita
kalau dia elak ke kanan akan langgar kereta bertentangan, elak ke kiri, masuk kawasan hutan
lepas kena langgar, musang tu lari masuk hutan, kereta calar dan ada kesan darah sikit.

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 01:35 PM | Show all posts
aku pun jenis tak elak kalau ada haiwan melintas mengejut..setakat ni dah langgar maut kucing (paling banyak dalam taman perumahan aku),monyet,tupai dan ayam (kat kampung)..kereta boleh repair tapi kalau main elak terkejut mcm kes kat atas sampai mati,menyesal seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 03:52 PM | Show all posts
kuewTiau replied at 22-5-2023 01:28 PM
kan..ada terfikir jugak

ayah iols pon pernah cakap

masa ambil L dulu mmg ada soalan pasal apa perlu buat klu ada haiwan melintas...lebih kurang gitu. jawapannya jgn elak, tp lebih baik langgar dan cuba kawal kereta dan berhenti kemudian. mungkin naluri kita semula jadi utk mengelak tapi tanpa sedar boleh bahayakan nyawa pemandu lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059306 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list