CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Terengganu] Pemandu lori pindah 100 kambing didenda RM5,000

[Copy link]
Post time 22-5-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman denda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana memindah 100 ekor kambing bernilai RM35,070 tanpa kebenaran. Foto FAIZUL AZLAN RAZAK

Kuala Terengganu: Pemandu lori didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memindahkan 100 ekor kambing bernilai RM35,070.

Keputusan itu dibuat Majistret Norina Maludin selepas tertuduh, Wan Mohamad Aizat Wan Ismail, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Selain itu, tertuduh turut berdepan hukuman tambahan penjara lima bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan 100 ekor kambing itu dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan 100 ekor kambing hidup menggunakan lori tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar yang diberi kuasa olehnya.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan, Jalan Kemajuan, Bandar Baru di sini, 8.50 malam pada 27 September tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Perenggan i (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang mana diwartakan di bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Mohd Shahihan Mohd Tahar dan Fazlizan Ishak Khan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bing-didenda-rm5000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.498226 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list