CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 4

Ramai Netizen Doakan Hawari Selamat Kembali Ke Malaysia

[Copy link]
Post time 22-5-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Ramai menitipkan doa mengharapkan pendaki, Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu ketika menuju Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Everest, selamat pulang ke Malaysia.


Menjengah ke ruangan Facebook milik Muhammad Hawari yang bernama Hawari Warie, rata-rata mendoakan Muhammad Hawari ditemui dalam keadaan selamat selain urusan pencariannya dipermudahkan.




AWANI/Sinar




"Moga ALLAH permudahkan segalanya dan selamat kembali ke Malaysia," komen pengguna akaun Facebook bernama Zaihan Dahalan Fyierannisa.


Pengguna akaun Facebook Sharin Omar pula berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) Hawari turut dipermudahkan.


Selain itu, Siti Norkhadijah turut berharap perkara sama meminta semua pihak mendoakan keselamatan buat Hawari.


"... diharap sahabat selamat ditemui serta ALLAH permudahkan segala urusan," katanya.


Mei Mei pula berharap Hawari sihat dan selamat manakala Anna Tok berharap pendaki Everest itu selamat kembali ke tanah air.


Memetik laporan berita daripada media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) pada Sabtu, Muhammad Hawari, berjaya menawan puncak Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang.


Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki berkata, Muhammad Hawari, 33, dilaporkan hilang pada pagi Jumaat selepas berjaya menawan puncak gunung berkenaan dan turun berehat di kem empat.


Ujar Nivesh, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Muhammad Hawari ada berteduh di khemah lain.


Menurut sumber, Muhammad Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung.


Muhammad Hawari berasal dari Pulau Pinang dan kini bertugas di Muzium Pulau Pinang.


Pada 2 April lalu, misi ME 2023 disertai oleh Muhammad Hawari dan tiga pendaki lain melibatkan ketua misi, Azim Afif Ishak, 35, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, dan Tiong Ling Yang, 30.


Bagaimanapun Awang Askandar dilaporkan berhadapan masalah kesihatan ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut dan meninggal dunia di kem empat pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 waktu Malaysia) pada Jumaat.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 11:43 AM | Show all posts
iollss nk komen kt fb tpi tkut kne serang dgan acik2 so iollss nk ckp la kt sni..apa pekdahnya ko daki gunung sejuk beku tu memang saja nk tempah maut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 11:54 AM | Show all posts
bahaya lah daki gunung everest tuh.
dekat 9k meter tingginya, dgn suhu negatif darjah.
entahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tgk movie Everest tu, meols nangis2 bukan sebab sedih. Sbb marah ya amat. Meols geram bila family2 members yg ditinggalkan, terpaksa tanggung kesedihan. Nak jwb dgn anak2 kecik, knp ayah dia dah takde. So meols geram. Mungkin meols boring. Takde keinginan adventurous ni semua. Tapi to me, org2 yg daki ni agak selfish. Nak2 yg dah kawin ada anak. Lainla kau kayaraya mcm Besos, Elon, tu semua. Kau mati pon, bini anak2 terjamin kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa ko keluar sorang2 tak bagitau malim gunung, cari penyakit tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074616 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list