CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Bahana Curi, Jual Lembu Penternak

[Copy link]
Post time 21-5-2023 09:56 PM | Show all posts |Read mode
Batu Gajah: Empat lelaki direman empat hari hingga esok kerana disyaki mencuri lembu milik penternak di sekitar daerah ini.


Mereka yang berusia antara 25 hingga 42 tahun sebelum itu ditahan kelmarin susulan beberapa laporan polis yang dibuat penternak.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya berjaya memberkas suspek sebaik mereka selesai urusan jual beli ternakan berkenaan.






"Hasil siasatan mendapati kesemua mereka bekerja sebagai penternak. Lembu yang dicuri akan dijual kepada orang perseorangan di kawasan Perak Tengah dan Kampar.


"Turut dirampas dua ekor lembu dan kertas siasatan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mohamad Roy Suhaimi berkata, semua suspek yang direman empat hari tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Terdahulu, sekumpulan penternak di Kampung Kinta Valley, di sini menyatakan rasa tidak puas hati apabila mendakwa wujud sindiket curi haiwan ternakan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073261 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list