Bangkok – Seorang lelaki di Thailand menyerah diri kepada polis selepas menikam mati saudara isterinya yang berusia 51 tahun dan mencederakan seorang lagi anak saudara berusia 18 tahun untuk membalas dendam.
Laman berita Thaiger melaporkan, lelaki dikenali sebagai Top, 28, itu mendakwa serangan tersebut didorong oleh tingkah laku mangsa yang tidak menghormati keluarganya dan kurang memberi bantuan kewangan.
Top bersetuju menyerah diri kepada polis. - KhaoSod
Selepas serangan itu semalam, Top melarikan diri ke kampung halamannya di daerah Den Chai, wilayah Phrae dan bersembunyi di atas bukit untuk mengelak daripada ditangkap.
Anggota polis Prae kemudian menerima laporan daripada saudara-mara Top yang memberitahu hasrat lelaki itu untuk menyerah diri di balai polis tempatan hari ini.
Selepas menerima pengakuan itu, polis menunggu Top sebelum menyerahkannya kepada penyiasat untuk disoal siasat.
Semasa berada dalam tahanan, Top mendakwa bahawa serangannya itu tidak disengajakan dan tidak melibatkan kecurian.
Ketika disoal wartawan sama ada dia akan meminta maaf kepada keluarga mangsanya, Top berdiam diri dan tidak memberikan sebarang jawapan lanjut.
Sumber: Kosmo! Online |