CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

[Perlis] Pembelian panik angkara berita palsu gula naik harga

[Copy link]
Post time 21-5-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Pembelian panik angkara berita palsu gula naik harga


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



PEKERJA menyusun bekalan gula pasir di premis kedai di Arau. FOTO Aizat Sharif




Arau: Maklumat palsu kononnya harga gula pasir naik sehingga RM4.60 sekilogram bermula 1 Jun depan menyebabkan berlaku pembelian panik gula di negeri ini sejak seminggu lalu.

Malah, penyebaran berita palsu di media sosial itu menyebabkan pengguna dan peniaga dikatakan membuat pembelian panik sehingga banyak kedai runcit terputus bekalan gula pasir.

Tinjauan di kedai runcit di sekitar Pasar Borong Sena, Kangar mendapati bekalan gula pasir habis kerana kegagalan pembekal menghantar bekalan komoditi itu sejak beberapa hari lalu.

Peniaga, Muhammad Amir Irfan Junaidi, 26, berkata bekalan gula pasir mula berkurangan selepas sambutan Aidilfitri bulan lalu.

"Sebelum Aidilfitri, tiada masalah dengan bekalan gula pasir namun beberapa hari selepas Aidilfitri mula timbul bekalan semakin susut apabila pembekal tidak dapat menghantar bekalan.

"Oleh itu kami mengehadkan pembelian tiga kilogram gula sahaja bagi seorang pelanggan sehinggalah stok gula di kedai ini habis.

"Disebabkan tidak menerima bekalan, saya terpaksa mencarinya daripada pembekal gula lain namun sehingga hari ini saya belum mendapat bekalan," katanya.

Tinjauan di sebuah pasar raya di sini pula mendapati, ada peniaga dari Kubang Pasu, Kedah sanggup datang ke sini untuk mendapatkan bekalan gula dan rata-ratanya juga mempercayai bahawa akan berlaku kenaikan harga gula pasir tidak lama lagi.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis, Norazah Jaapar berkata, berhubung pengenalan dan penjualan gula super atau gula putih premium di pasaran seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, pihaknya turun padang membuat tinjauan.

"Memang ada berlaku pembelian panik dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

"Seperti dimaklumkan Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebelum ini, gula super atau gula putih premium belum ada di pasaran dan sebarang pengenalan gula baharu di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada KPDN terlebih dahulu.

"Malah, jaminan juga diberi bahawa harga gula putih bertapis tidak dinaikkan kerana ia adalah barangan kawalan berjadual yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961," katanya.

Beliau berkata, harga kawalan runcit semasa bagi gula putih bertapis pek satu kilogram adalah RM2.85 bagi gula kasar dan RM2.95 bagi gula halus.

"Sepanjang bulan ini sehingga 20 Mei, pemborong di negeri ini menerima bekalan dari MSM sebanyak 280,000 kilogram (kg), manakala bekalan gula yang diterima oleh pemborong dari CSR adalah berjumlah 103,680 kg yang menjadikan jumlah gula putih bertapis yang diterima oleh negeri ini setakat 20 Mei 2023 adalah sebanyak 383,680 kg," katanya.



Disiarkan pada: Mei 21, 2023 @ 3:37pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058987 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list