CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

[Kelantan] Lebih 500 penduduk Orang Asli berdepan masalah air

[Copy link]
Post time 21-5-2023 03:23 PM | Show all posts |Read mode

Tuan Mohd Saripudin (kanan) bertanyakan khabar penduduk Orang Asli di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Kira-kira 500 penduduk Kampung Pasir Linggi dan Kampung Machang di Pos Lebir, di sini, berdepan masalah bekalan air sejak tiga minggu lalu apabila takungan air tandak tidak mampu menampung keperluan yang semakin bertambah.

Pada masa sama, keadaan cuaca yang panas menjadikan air sungai semakin cetek dan air takungan semakin berkurang.

Penduduk, Amoi Latif, 55, berkata keadaan itu menyusahkan penduduk kampung yang perlu mengangkut air setiap hari dari sungai yang jaraknya lebih 500 meter.

"Sudah tiga minggu kami berhadapan masalah ketiadaan air pada siang hari dan hanya pada waktu malam sekitar 12 tengah malam atau 1 pagi baru ada air.

"Pada waktu tengah malam itu, kami akan menadah air untuk keperluan memasak, tetapi ia tetap tidak mencukupi kerana tidak mempunyai tong yang besar," katanya ketika di temui di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini.

Penghulu Kampung Pasir Linggi, Harun Ismail berkata, keadaan yang berlarutan sejak tiga minggu lalu itu menyebabkan penduduk terpaksa mandi di Sungai Lebir yang keruh.

"Ada penduduk terpaksa berjalan sehingga satu jam untuk memunggah air dan ada yang terpaksa mandi di Sungai Lebir yang keruh namun kami tiada pilihan.

"Takungan air tandak sudah tidak cukup untuk keperluan kami dan ditambah pula cuaca kering manakala air sungai semakin cetek.

"Kami harap masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin dan harapan kami takungan air tandak ini dapat diperbesarkan dan dinaik taraf terutama ketika menghadapi musim panas," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pihaknya akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk Kampung Machang dan Kampung Pasir Linggi terbabit.

"Walaupun mereka guna air tandak, air tandak juga berkurangan. Jadi kita bincang kaedah bagaimana atau antaranya nak baiki tandak dan besarkan kolam tandak air.

"Saya akan bawa permohonan mereka melalui Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan untuk tengok bagaimana cara memberi bantuan supaya isu air ini dapat diselesaikan," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli sempena Program Misi Hijau Siri 8 di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erdepan-masalah-air
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.059949 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list