CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Terengganu] Mayat lelaki disangka kayu

[Copy link]
Post time 20-5-2023 05:41 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang ditemui di kawasan lapang dekat Kampung Seberang Pintasan, Dungun untuk dihantar ke hospital bagi dibedah siasat. FOTO Rosli Ilham.

Dungun: Nelayan tidak menyangka objek yang disangkanya kayu adalah mayat seorang lelaki yang hanya memakai seluar panjang.

Mohd Yussof Abd Ghani, 61, menemui mayat lelaki berusia 35 tahun yang beralamat di Kampung Padang Jambu, di kawasan lapang berhampiran hutan di Kampung Seberang Pintasan di sini, pada 9.40 pagi hari ini.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang menunggang motosikal untuk ke pangkalan nelayan berhampiran sebelum ternampak objek seakan manusia, dengan lutut terangkat yang awalnya turut disangka kayu.

"Saya tak sedap hati, jadi saya patah balik dan berhentikan kenderaan dalam jarak kira-kira 70 meter dari objek, sebelum dapati ia adalah mayat manusia.

"Saya segera menghubungi seorang rakan dan meminta rakan saya memaklumkan pihak polis," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan pasukannya ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

"Mayat itu ditemui memakai seluar panjang tanpa baju dan sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat.

"Pihak polis telah menghubungi keluarga mangsa bagi memaklumkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... elaki-disangka-kayu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077626 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list