CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Kelantan] Maut kepala terhentak ke batu ketika mandi di Lata Berangin

[Copy link]
Post time 20-5-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Syazmer bersama isteri dan anak-anaknya yang diambil ketika Aidilfitri lalu. FOTO Siti Rohana Idris

Kota Bharu: Keriangan berkelah bersama keluarga bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dipercayai akibat terhentak ke batu ketika terjun dari ketinggian kira-kira tiga meter di sebuah lokasi riadah di sini.

Kejadian jam 2.30 petang semalam di Lata Berangin, Kuala Krai itu menyebabkan Mohd Syazmer Mohd Rodi, 32, maut di lokasi kejadian selepas pecah kepala akibat terhentak di batu sebelum tenggelam.

Kakak ipar mangsa, Mazlinda Leo Azaman, 33, berkata, mereka ke lokasi peranginan itu bersama ahli keluarga lain dengan menaiki tiga kereta dan bertolak jam 8.30 pagi.

"Selepas solat Jumaat, kami turun ke lata untuk mandi-manda dan adik ipar kelihatan sangat teruja malah berulang kali melakukan aksi terjun dengan ketinggian kira-kira tiga meter.

"Saya dan isteri mangsa berada tidak jauh darinya dan memang nampak dia bersama beberapa pengunjung lain melakukan aksi itu namun tidak lama kemudian, kami terdengar keadaan menjadi kelam-kabut.

"Dalam hati saya sudah rasa ada sesuatu yang buruk berlaku kerana sebelum itu adik ipar baru lepas terjun dan sebaik mendekati lokasi, seorang daripada pengunjung memberitahu ada orang kemalangan dan kelihatan darah di permukaan air," katanya ketika ditemui di Kampung Sokor, Kok Lanas, di sini, hari ini.

Mazlinda berkata, beberapa pengunjung membantu mencari adik iparnya yang masih tenggelam dan selepas 25 minit, mangsa ditemukan di celah batu di dasar lata berkenaan.

Menurutnya, sebaik dinaikkan ke darat, dia cuba menekan dada mangsa dan memberi bantuan pernafasan namun tidak lama kemudian baru perasan bahagian tengah kepala mangsa terbelah dipercayai terhentak batu.

"Tidak lama kemudian pihak bomba dan wakil perubatan tiba sebelum mengesahkan adik ipar sudah meninggal dunia.

"Dia dibawa ke Hospital Kuala Krai dan hasil imbasan yang dilakukan di kepala juga menunjukkan bahagian itu seakan terkopak dan doktor mengesahkan punca kematiannya disebabkan perkara itu," katanya.

Mangsa yang juga bapa kepada empat cahaya mata yang berusia lima hingga 11 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sokor, Kok Lanas jam 3 pagi tadi.

Sementara itu, isterinya, Shaidatul Hasmira Leo Azaman, 31, berkata, tiada perubahan ketara ditunjukkan suaminya sebaliknya sering menunjukkan rasa terujanya terhadap rumah yang baru didiami mereka dua bulan lalu.

"Kami baru dua bulan mendiami kediaman Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan suami sangat teruja dan sering termenung sambil melihat rumah ini seakan memberi petanda dia tidak akan tinggal lama.

"Dia juga sering meminta saya merakamkan gambarnya sama ada dalam atau luar rumah dengan alasan sekadar kenangan dan kini baru saya faham maksudnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... utm_medium=trending
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063048 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list