CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Pahang] Untung tanam kacang tanah

[Copy link]
Post time 20-5-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode

HASHIMAH mampu meraih pendapatan RM10,000 hasil jualan kacang tanah semusim. FOTO Mohd Rafi Mamat

Pekan: Pekebun mampu meraih pendapatan sehingga RM10,000 hasil jualan kacang tanah (Arachis hypogaea) dalam tempoh dua bulan setengah selepas tanaman berkenaan matang.

Ibu tunggal, Hashimah Wahab, 56, berkata, dia mengusahakan tanaman kacang tanah sejak tiga tahun lalu di atas tanah seluas 0.81 hektar di Bukit Kenau, Pulau Manis, dekat sini

Menurutnya, mengusahakan tanaman kacang tanah memberi keuntungan dalam jangka masa singkat selain modal diperlukan tidak terlalu besar dan penjagaan yang mudah.

"Saya menanam kacang tanah bersaiz besar yang mempunyai tiga hingga empat ulas isinya sebiji, dalam masa dua bulan setengah, pokok kacang tanah akan mengeluarkan hasil dan setiap pokok mampu menghasilkan antara 30 hingga 40 biji.

"Untuk memastikan pokok mengeluarkan hasil yang banyak dan bersaiz besar, kapur dan baja diperlukan. Daripada segi penjagaan, tanaman kacang tanah mudah, di peringkat awal penanaman pokok memerlukan siraman setiap hari.

"Ancaman utama ialah tikus dan penyakit pucuk mati yang tidak terlalu membimbangkan. Untuk menghasilkan benih tuaian dilakukan dalam selepas usia pokok tiga bulan," katanya, di sini, semalam.

Menurut ibu tunggal 11 anak itu, kacang tanah yang ditanam sesuai dimakan rebus.

Hashimah berkata, dia bertuah apabila menerima pelbagai bantuan pertanian seperti baja, racun, kapur dan pagar elektrik daripada Jabatan Pertanian Pahang manakala jentera dan kawasan tanaman disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

"Saya mengeluarkan modal antara RM2,000 hingga RM3,000 semusim tanaman, faktor banjir menyebabkan saya hanya mampu menanam kacang tanah dua kali setahun.

"Setiap musim tanaman, saya mampu meraih hasil jualan kacang tanah segar lebih RM10,000, permintaan terhadap kacang tanah amat menggalakkan hingga tidak mencukupi.

"Terdapat pelanggan yang datang terus ke kebun dan mencabut pokok untuk merasai sendiri pengalaman," katanya yang menetap di perumahan komuniti asnaf Bukit Kenau, Pulau Manis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tanam-kacang-tanah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.569599 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list