CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

[Terengganu] Budak lelaki melecur terkena bahan mudah hakis di tabika

[Copy link]
Post time 20-5-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Mangsa yang cedera di belakang badan menerima rawatan di Hospital Kemaman baru-baru ini.



KEMAMAN – Seorang budak lelaki berusia enam tahun ce­dera di belakang badan dipercayai terkena percikan bahan mudah terhakis di sebuah tabika, di sini Rabu lalu.

Kejadian pada pukul 10 pagi itu berlaku ketika murid itu sedang meraikan majlis Aidilfitri bersama rakan sekelas sebelum tiba-tiba menjerit kesakitan.

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Masyita, 32, berkata, dia kemudiannya telah dihubungi guru tersebut untuk memaklumkan insiden yang menimpa anak sulungnya.

“Saya bergegas ke tabika itu dan sebaik tiba, anak saya berada dalam keadaan tidak berbaju dan menangis menahan kesakitan.

“Baju Melayu yang dipakai anak saya didapati berlubang dengan kesan terhakis,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Baju Melayu mangsa koyak akibat terkena bahan mudah terhakis.

Masyita berkata, dia kemudiannya membawa anaknya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman di sini.

Dia berkata, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian­nya dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk pemantauan doktor pakar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan awal menjumpai kesan hakisan pada baju mangsa, namun setakat ini bahan mudah terhakis tersebut masih belum dikenal pasti.

“Sampel bahan berkenaan telah dibawa ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Kami juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat unsur pengabaian dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -bahan-mudah-hakis/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 1.632995 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list