CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

[Kelantan] Pasang saliran tambahan ke pokok durian Musang King elak bantut

[Copy link]
Post time 20-5-2023 11:28 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Zulkifli menunjukkan air yang disalurkan ke pokok durian Musang King yang ditanamnya di Kampung Bedal. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI

Kuala Krai: Keadaan cuaca panas yang tidak menentu sejak kebelakangan ini mendorong pemilik kebun dari Kampung Bedal memasang saliran tambahan ke pokok durian Musang King miliknya bagi mengelakkan kerugian.

Mohd Zulkifli Mohamed, 48, berkata, dia mengambil inisiatif memasang saliran sepanjang 1,800 meter itu disebabkan sebelum ini beberapa pokok durian yang ditanamnya mengalami masalah tumbesaran akibat kemarau.

Katanya, cuaca panas di Kuala Krai yang ada ketikanya mencecah sehingga 37 darjah Celsius menyebabkan tanah menjadi kering serta merekah.

"Tanaman durian ini unik sedikit, ia tidak memerlukan kuantiti air yang banyak tetapi sekiranya tiada air langsung, ia akan menyebabkan pokok durian yang sudah berpuluh-puluh tahun ditanam akan mati.

"Justeru sebagai langkah berjaga-jaga saya mengambil inisiatif membuat saliran tambahan dan punca air diambil dari sungai berhampiran untuk dialirkan ke setiap pokok durian yang ditanam.

"Pada hari biasa, saliran air dibuka selama satu jam, namun kini saya perlu memastikan pokok durian ditanam menerima air yang secukupnya di antara empat hingga lima jam sehari," katanya ketika ditemui di kebun miliknya di Kampung Bedal.

Mohd Zulkifli berkata, kini dia mempunyai 100 pokok durian termasuk 88 pokok durian Musang King dan selebihnya adalah pokok durian Duri Hitam yang baru menjangkau usia 18 bulan.

"Berbanding tanaman lain, durian jenis Musang King memerlukan penjagaan yang rapi kerana ketidaktentuan cuaca boleh mempengaruhi dan menjejaskan hasil durian yang ditanam.

"Alhamdulillah, dalam masa sama saya mendapat kerjasama dan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian negeri mengenai kaedah penjagaan durian jenis ini.

"Pokok durian Musang King mengambil masa kira-kira tujuh tahun untuk berbuah dan dalam tempoh itu ia perlu diberi penjagaan yang sebaiknya, tambahan pula dengan keadaan cuaca panas pada ketika ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-king-elak-bantut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051784 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list