CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Terengganu] Culas membayar nafkah, umpama 'pahat dan penukul'

[Copy link]
Post time 20-5-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: "Ibarat 'pahat dan penukul', sekali disuruh sekali dibayar, namun saya tidak akan mengalah untuk mendapatkan hak anak-anak selepas bercerai," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 44, dari daerah ini.

Menurutnya, bekas suaminya masih berhutang nafkah anak sebanyak RM27,000 yang belum dilunaskan seperti yang diputuskan mahkamah sebelum ini.

Katanya, sejak berpisah kira-kira tujuh tahun lalu, bekas suaminya culas untuk membuat pembayaran nafkah anak yang ketika itu semuanya masih kecil.

Suzi berkata, bagi menampung perbelanjaan membesarkan anak-anak dia terpaksa membuat kuih-muih untuk dijual dan dengan pendapatan itu dia menyara tiga anaknya yang kini berusia sembilan, 12 dan 16 tahun.

"Saya tahu bekas suami bukannya tiada duit kerana saya pernah hidup bersamanya sebelum ini, namun dia (bekas suami) bertindak demikian kerana marah saya memfailkan tuntutan nafkah anak ini.



DUA wanita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu. FOTO Nazdy Harun

"Apa yang paling kesal adalah anak pernah berjumpa bap mereka meminta duit belanja dan untuk kegunaan persekolahan namun tidak dilayan sedangkan mahkamah memerintah bekas suami perlu membayar nafkah anak sebanyak RM1,000 sebulan.

"Anak sulung kini bersekolah di sekolah berasrama penuh dan memerlukan perbelanjaan begitu juga dengan anak yang lain memerlukan perbelanjaan harian mereka," katanya.

Menurutnya, dia pernah menjadi isteri ketiga kepada bekas suaminya itu.

Katanya, apabila berlaku perceraian wanita warga asing tidak membuat sebarang tuntutan seperti wanita tempatan yang mempunyai tempat bergantung seperti mahkamah syariah.

Justeru, ia memudahkan wanita tempatan sepertinya membuat sebarang tuntutan terhadap bekas suami dan tindakan dia membuat tuntutan nafkah menimbulkan kemarahan bekas suaminya.

Suzi berkata, sikap culas, penting diri sendiri dan tidak bertanggungjawab bekas suami menyebabkan anak-anak menjadi mangsa kerana mengabaikan hak perbelanjaan anak untuk urusan harian.

Kisah sama turut dikongsikan, Ros, 33, dari bandar raya ini berkata, bekas suaminya juga gagal membuat pembayaran nafkah anak sebanyak RM400 sebulan.

"Hingga kini bekas suaminya berhutang sebanyak RM10,800 dan dia (bekas suami) hanya membuat bayaran apabila sebut kes di hadapan hakim.

"Selepas itu bekas suami kembali membisu," katanya.

Suzi dan Ros ditemui di majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di sini, semalam.

Menurutnya, nasib baik dia bekerja dan duit gajinya setidak-tidaknya boleh digunakan untuk mengurus perbelanjaan anak-anak.

Katanya, dia tahu bekas suaminya mampu untuk membuat bayaran seperti yang diperintahkan mahkamah namun lelaki itu dilihat sengaja tidak mahu membayarnya.

Tambahnya, dia tidak akan mengalah dan akan terus membuat tuntutan buat anaknya seperti yang sudah diputuskan oleh mahkamah.

"Sekiranya begini cara bekas suami culas untuk membayar nafkah anak, saya akan terus berjuang sebolehnya akan memastikan bekas suami merasai bermalam di sebalik tirai besi," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dan-penukul-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052294 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list