CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 0

[Terengganu] 'Bas dipandu agak laju, terhuyung-hayang sebelum terbalik'

[Copy link]
Post time 20-5-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Dungun: "Bas itu agak laju, terhuyung-hayang sebelum terbalik," kata Loh Suat Lee, 38, berhubung kemalangan bas persiaran yang meragut dua nyawa dalam kemalangan di Kilometer 375.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas kawasan Rehat & Rawat (R&R) Bukit Besi, pagi hari ini.

Dalam kejadian pada 5.20 pagi itu, Tan Poh Hwa, 42, bersama abang iparnya, Choo Chia Tan, 44, maut dalam kemalangan itu.

Loh berkata, sebelum kejadian dia bersama suami serta tiga anaknya berusia antara tiga hingga tujuh tahun serta enam keluarga lain menaiki bas persiaran terbabit dalam perjalanan dari Tampin, Negeri Sembilan untuk bercuti ke Pulau Redang, Kuala Nerus.

"Kami seramai 30 orang itu bertolak dari Tampin pada 11.30 malam.

"Kami sepatutnya menaiki bas dan pemandu lain, namun kami dimaklumkan bas berkenaan rosak dan digantikan dengan bas dan pemandu itu," katanya.


Loh Suat Lee (kanan) menceritakan kejadian kemalangan bas persiaran yang dinaikinya sekeluarga sebelum kemalangan. Foto Rosli Ilham

Menurutnya, sepanjang perjalanan itu, bas terbabit dua kali berhenti rehat.

Katanya, kali terakhir bas itu berhenti adalah di sebuah stesen minyak di Muazam Shah, Pahang sebelum meneruskan perjalanan itu.

"Dalam perjalanan saya sekeluarga serta penumpang lain tidur sebelum dikejutkan dengan keadaan bas yang terhuyung-hayang ke kiri dan kanan.

"Selepas itu terdengar beberapa kali rempuhan kuat mungkin kerana bas terlanggar pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

"Semua penumpang menjerit ketika itu dan dalam keadaan yang gelap kami semua bertindak menyelamatkan diri dengan keluar melalui cermin depan bas," katanya.

Loh berkata, dia bersyukur suami dan semua anak-anaknya selamat, namun sangat sedih apabila mendapati dua sahabat kami meninggal dunia dalam kemalangan itu.

"Saya sekeluarga sangat trauma dengan kemalangan itu dan saya berjanji selepas ini saya tidak akan lagi menaiki bas," katanya.

Sementara itu, Kenny Tan, 41, berkata, dia bersama isterinya, Tan Kai Lin, 41, serta tiga anak berusia lapan hingga 14 tahun menyertai percutian itu.

"Selain saya sekeluarga, turut berada dalam bas itu adalah kakak sulung dan kakak kedua saya bersama anak mereka turut ikut bersama.

"Saya sangat sedih apabila kakak kedua serta suami kakak yang sulung meninggal dalam kemalangan itu," katanya.

Katanya, mereka semua sepatutnya pergi bercuti di Pulau Redang pada Mac lalu namun menangguhkan percutian itu kerana ketika itu keadaan laut masih bergelora.

"Kami semua yang mengikuti percutian itu adalah keluarga terdiri daripada sahabat yang tinggal di Taman Indah dan tidak menyangka perjalanan kami ini membawa berita yang sangat menyedihkan.

"Sebaik selesai urusan bedah siasat ini, saya akan membawa mayat mendiang kakak dan abang ipar ke Tampin untuk disemadikan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... um-terbalik-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.071087 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list