CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Piala Sudirman: Malaysia singkir Denmark untuk ke separuh akhir

[Copy link]
Post time 20-5-2023 12:13 AM | Show all posts |Read mode

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meraikan kemenangan ketika menewaskan Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 21-14, 21-17 untuk mata pertama Malaysia pada aksi suku akhir Piala Sudirman 2023 menentang Denmark sebentar tadi.


Piala Sudirman: Malaysia singkir Denmark untuk ke separuh akhir

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China selepas menewaskan Denmark 3-1 di pusingan suku akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Suzhou, Malaysia mengekalkan aksi konsisten apabila semua pemain menampilkan prestasi terbaik ketika menentang wakil Eropah tersebut.

Malaysia meraih mata pertama menerusi beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 21-14, 21-17.

Walaupun membuat perhitungan sulung dengan beregu No.18 dunia itu, namun Tang Jie-Ee Wei langsung tidak menunjukkan rasa gentar sebelum menyumbang mata semangat buat pasukan negara.

Ee Wei berkata, dia pada awalnya agak gemuruh untuk bertemu Christiansen-Boje kerana berada pada ranking lebih rendah di tangga ke-22, namun tuah nyata menyebelahi mereka pada perlawanan itu.

“Kita menerima cabaran tersebut dan berjaya melaluinya dengan baik. Saya sangat gembira kerana berjaya bertarung di dalam gelanggang bagi mendapatkan mata buat Malaysia,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Kemudian, pertemuan yang dinanti-nantikan antara perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dengan Viktor Axelsen hanya bertahan selama lima minit apabila pemain No.1 dunia itu terpaksa menarik diri akibat kecederaan hamstring, sekali gus menjadi mata kedua Malaysia.

Hasrat Malaysia untuk mencatat kemenangan bersih 3-0 ke atas Denmark bagaimanapun tidak kesampaian apabila perseorangan wanita, Goh Jin Wei tewas 14-21, 21-15, 19-21 kepada Mia Blichfeldt dalam aksi yang memakan masa lebih sejam.

Beregu lelaki yang juga juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan mata kemenangan buat Malaysia apabila menewaskan gandingan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-17, 21-16.

Menanti Malaysia di pentas separuh akhir esok adalah Korea Selatan yang mengenepikan cabaran naib juara Kumpulan C, Taiwan menerusi kemenangan mudah 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di sebelah pagi. – KOSMO! ONLINE


SumbeR:https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... k-ke-separuh-akhir/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055412 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list