CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Perlis] Perlis tidak rancang catu air, paras air empangan masih boleh bertahan

[Copy link]
Post time 19-5-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Perlis tidak rancang catu air, paras air empangan masih boleh bertahan


Oleh Aizat Sharif - Mei 19, 2023 @ 3:39pm bhnews@bh.com.my




Gambar hiasan




KANGAR: Syarikat Air Perlis (SAP) belum merancang untuk mencatu air meskipun negeri itu berdepan keadaan gelombang haba akibat fenomena El-Nino pada waktu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAP, Dr Mohmad Asari Daud berkata, setakat ini pihaknya masih boleh melakukan rawatan air tanpa perlu menjalankan proses catuan pada waktu ini.

"Simpanan air di Empangan Timah Tasoh pada waktu ini berada pada tahap 57 peratus atau kira-kira 19 juta meter padu air dan berdasarkan perkiraan ia masih dapat bertahan lebih daripada 100 hari.

"Berdasarkan data SAP, purata penggunaan air di Perlis adalah sekitar 300 liter setiap pengguna sehari dan apabila berlakunya cuaca panas pada waktu ini, penggunaannya akan terus bertambah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, kerajaan Perlis akan melaksanakan langkah alternatif penggunaan telaga tiub atau 'telaga boring' di negeri itu sekiranya darurat diisytiharkan berikutan cuaca panas yang melanda ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, setakat ini pihaknya sudah mendapatkan penjelasan daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri mengenai paras air yang terdapat di Empangan Timah Tasoh di negeri itu.

"Saya dimaklumkan paras air Empangan Timah Tasoh masih mencukupi dan berada pada tahap yang mampu untuk bertahan selama dua bulan lagi.

"Namun begitu, sekiranya darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan kita sudah melakukan perbincangan dengan Syarikat Air Perlis (SAP) untuk buat 'telaga boring' atau telaga tiub bagi memastikan bekalan air mencukupi bagi rakyat Perlis," katanya.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim hari ini, bacaan paras air di Empangan Timah Tasoh yang direkodkan pada jam 3 petang tadi berada pada paras amaran iaitu 27.11 meter susut daripada paras normalnya iaitu 29.10 meter.

Pada 5 Mei lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dilaporkan menyenaraikan lapan negeri mudah dipengaruhi fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau berdasarkan pengalaman kejadian El-Nino tahun 2015-2016.

Negeri terbabit adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063640 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list