CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empangan Mengkuang bekal air mentah kepada LRA Sungai Dua

[Copy link]
Post time 19-5-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 19-5-2023 04:43 PM

Empangan Mengkuang bekal air mentah kepada LRA Sungai Dua

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   19 Mei 2023    03:37pm





EMD adalah empangan rizab dan bukannya empangan harian seperti Empangan Air Itam atau Empangan Teluk Bahang. (Gambar kecil: Pathmanathan)




GEORGETOWN - Empangan Mengkuang Yang Diperbesarkan (EMD) adalah empangan rizab kemarau strategik yang menyokong Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd, K Pathmanathan berkata, empangan tersebut bukan empangan harian seperti Empangan Air Itam atau Empangan Teluk Bahang.

Menurutnya, PBAPP tidak melepaskan air mentah daripada EMD apabila terdapat air yang mencukupi untuk diabstrak dari Sungai Muda untuk menyokong 100 peratus pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua.

"Pada Mac lalu, PBAPP telah mengabstrak purata 1,254 juta liter sehari (JLH) air dari Sungai Muda untuk menghasilkan 1,028 JLH daripada LRA Sungai Dua. PBAPP akan melepaskan air dari EMD hanya apabila ia tidak dapat mengabstrak 1,254 JLH air dari Sungai Muda.

"Oleh itu, EMD berperanan sebagai sumber air mentah sandaran kepada LRA Sungai Dua apabila paras Sungai Muda semakin rendah. PBAPP juga telah melepaskan air dari EMD (untuk digunakan di LRA Sungai Dua) semasa senario kecemasan seperti insiden paras air Sungai Muda 14 Mei lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, terdapat dua limitasi fizikal utama untuk penggunaan EMD sebagai sumber air mentah sandaran iaitu kapasiti pelepasan maksimum empangan ini ialah 300 juta liter sehari (JLH).

"PBAPP kini mengabstrak purata 1,254 JLH air sehari dari Sungai Muda untuk menyokong 100 peratus pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua. Oleh itu, EMD dengan sendirinya hanya boleh menyokong kira-kira 23.9 peratus daripada pengeluaran air terawat penuh di LRA Sungai Dua.

"Air mentah dari EMD hanya boleh disalurkan ke LRA Sungai Dua. Air mentah ini tidak boleh dipam ke mana-mana LRA atau empangan lain di Pulau Pinang. Oleh itu, EMD tidak boleh berfungsi sebagai sumber air mentah sandaran untuk mana-mana LRA atau empangan lain," katanya.


Kata beliau, EMD dibina untuk menyokong pengeluaran air terawat secara eksklusif hanya untuk satu LRA iaitu LRA Sungai Dua kerana ia mengeluarkan lebih 80 peratus air terawat yang dibekalkan oleh PBAPP di Seberang Perai dan daerah Barat Daya setiap hari.

"Kawasan perkhidmatan LRA Sungai Dua merangkumi kira-kira 453,954 premis kediaman dan perniagaan di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) Seberang Perai Selatan (SPS) dan Barat Daya iaitu di bahagian pulau.

"Jumlah pengguna air di Pulau Pinang tahun lalu ialah 676,857 pengguna. Selain daripada 453,954 pengguna air di kawasan perkhidmatan LRA Sungai Dua, terdapat 222,903 pengguna air lain yang ditampung oleh Empangan Air Itam, Empangan Bukit Pancur dan Empangan Teluk Bahang dan lapan LRA lain," katanya.

Beliau menambah, tanpa tiga empangan dan lapan LRA tersebut, seramai 222,903 pengguna air di Pulau Pinang mungkin tidak mempunyai bekalan air.

"Kesimpulannya, kapasiti efektif maksimum EMD ialah 86,400 JLH tetapi PBAPP hanya boleh melepaskan 300 JLH sehingga Kerajaan Persekutuan menyiapkan Projek Pembesaran Empangan Mengkuang (MDEP) untuk meningkatkan kapasiti pelepasan kepada 1,000 JLH.

"MDEP dimulakan pada 2011 namun masih tidak lengkap sehingga tahun ini. Dalam pada itu, disebabkan permintaan air yang tinggi pada tahun ini, bekalan air untuk semua pengguna air di Pulau Pinang hanya boleh dikekalkan pada 100 peratus secara 24 jam seminggu, jika semua empat empangan (termasuk EMD) dan sembilan loji rawatan air (termasuk LRA Sungai Dua) berfungsi secara optimum," katanya.

Tambah beliau, PBAPP sedang berusaha keras untuk memastikan rizab Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang yang menyusut tidak kering sehingga hujan tiba pada September ini.

​Bagaimanapun katanya, PBAPP juga memerlukan sokongan semua pengguna air di Pulau Pinang bagi mengurangkan penggunaan air mereka dengan segera.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.806976 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list