CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 187|Reply: 0

[Kedah] 3 kritikal, 6 lagi cedera kereta rempuh gerai nasi lemak

[Copy link]
Post time 19-5-2023 03:43 PM | Show all posts |Read mode
3 kritikal, 6 lagi cedera kereta rempuh gerai nasi lemak


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Sebuah kereta Proton Satria yang terbalik selepas terbabas dan merempuh dua buah kereta dan enam buah motosikal yang berhenti di gerai nasi lemak di Jalan Hospital, Taman Suria. FOTO IHSAN Pembaca




Jitra: Enam cedera termasuk tiga dilaporkan kritikal selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Jalan Hospital, Taman Suria di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kemalangan berlaku jam 8.25 pagi tadi membabitkan tiga kereta dan enam buah motosikal.

Beliau berkata, dua buah kereta dan enam motosikal yang terbabit dalam kejadian itu kebanyakannya sedang berhenti di tepi jalan untuk membeli nasi lemak di gerai di situ.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, kereta Proton Satria dipandu lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar kenderaan diparkir di tepi jalan serta merempuh orang ramai sedang beratur di gerai nasi lemak berkenaan.

"Seramai sembilan mangsa terbabit dalam kemalangan ini dan tiga daripadanya termasuk pasangan suami isteri yang peniaga nasi lemak di gerai itu cedera parah dan kritikal.

"Tiga mangsa yang kritikal itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut manakala mangsa lain dihantar ke Hospital Jitra (HJ) di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, berdasarkan siasatan, pemandu kereta Proton Satria itu berasal dari Jitra itu tidak memiliki lesen memandu manakala cukai jalan dan insuran kereta itu pula sudah tamat tempoh.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan setakat ini untuk mengenal pasti punca kemalangan berlaku.

Selain itu, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra turut membantu mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.



Disiarkan pada: Mei 19, 2023 @ 2:31pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.050323 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list