CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

[Kedah] Syukur ramai yang prihatin dengan nasib Nur Aifa

[Copy link]
Post time 19-5-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Syukur ramai yang prihatin dengan nasib Nur Aifa


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



KASTURI menyampaikan sumbangan kepada Aida Harita untuk membiayai kos rawatan Nur Aifa Shamimi yang menghidap kanser sel di rumah mereka di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: "Keadaan Nur Aifa semakin lemah dan berat badannya pula makin susut dan turun 12 kilogram (kg) dalam sebulan.

"Namun kami bersyukur kerana ramai yang menghulurkan sumbangan sejak kisah Nur Aifa disiarkan dalam Harian Metro, Selasa lalu untuk menampung kos rawatan ulang-alik ke hospital," kata Aida Harita Md Rodzi, 38.

KisahNur Aifa Shamimi Azman, 20, yang menghidap kanser sel pernah disiarkan Harian Metro pada 16 Mei lalu selepas ibunya buntu mencari wang bagi membiayai kos rawatan serta ulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Aida Harita berkata, dia akan membawa Nur Aifa menjalani rawatan di HSB, Ahad ini kerana doktor akan mengambil sampel ketumbuhan di bahu kanan yang semakin besar sebelum rawatan kemoterapi dilakukan.

Katanya, mereka berserah pada Allah selain berharap anaknya akan sihat seperti sedia kala.

"Masa dia sihat dulu, dia yang banyak membantu keluarga dengan memasak, mengemas rumah dan belajar di Pusat Giat Mara di Kubang Rotan, Kuala Kedah.

"Dia sakit pun ketika masih belajar sebelum berhenti apabila ketumbuhan di bahu kanan semakin besar dan tidak berdaya untuk berjalan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, di sini hari ini.

Aida Harita turut mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro kerana menyiarkan kisah penderitaan anaknya kerana sebelum ini mereka buntu untuk mencari wang.

Katanya, setakat ini orang ramai yang menyalurkan sumbangan kepadanya adalah sekitar RM4,000.

"Wang itu saya akan gunakan sebaiknya untuk membawa anak menjalani rawatan di HPP nanti.

"Tidak lupa kepada Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang turut membantu kami menghulurkan sumbangan sebelum ini," katanya.

Susulan kisah gadis itu disiarkan Harian Metro, Presiden Pertubuhan Amal Ukhwah Malaysia, Kasturi Raja Abdul Majid menziarahi gadis itu di rumahnya hari ini menghulurkan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban keluarganya.

Menurut Kasturi, pihaknya akan menghulurkan sumbangan RM1,000 setiap bulan kepada Nur Aifa untuk kos rawatan serta ulang-alik ke hospital.

"Saya simpati dengan nasib yang menimpa gadis ini kerana dia juga adalah orang kurang upaya (OKU) lembam dan kehidupan keluarganya.

"Ibunya tidak bekerja manakala bapanya pula tamat kontrak sebagai pengawal keselamatan menyebabkan mereka terjejas mata pencarian," katanya.

Kasturi berkata, pihaknya juga akan menghulurkan sumbangan lampin pakai buang, susu formula khas serta kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Nur Aifa.



Disiarkan pada: Mei 19, 2023 @ 3:28pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.346968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list