CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

[Kedah] Kagum aksi latihan aerobatik TUDM

[Copy link]
Post time 19-5-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Kagum aksi latihan aerobatik TUDM


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



PESAWAT A400M diiringi sembilan Pilatus mengadakan latihan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. FOTO ihsan FB TUDM




Langkawi: Persembahan hebat dan menarik, demikian kesimpulan orang ramai yang menyaksikan latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, hari ini.

Latihan yang berlangsung sejak semalam membabitkan beberapa buah pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.

Seorang penduduk, Razak Khamis, 49, berkata dia datang seawal jam 8 pagi bersama rakan-rakannya dan berkumpul di pekarangan Rumah Kakitangan Malaysia Airport Berhad (MAB) untuk menyaksikan latihan itu.

"Setiap kali menjelang LIMA, kami memang menantikan latihan dilakukan TUDM. Formasi yang ditunjukkan memang lebih hebat dan menarik berbanding sebelum ini.

"Saya yakin latihan ini untuk dipertontonkan kepada orang ramai pada hari perasmian LIMA '23 Selasa ini," katanya yang mengaku sebagai peminat pesawat pejuang.

Habsah Abd Halim, 45, dari Kampung Kuah di sini, dia sanggup berjemur bawah panas terik kerana teruja melihat aksi membabitkan beberapa pesawat pejuang terutamanya Sukhoi SU-30MKM dan Hornet F/A-18D.

"Memang minat sangat dengan pesawat pejuang TUDM, apatah lagi melihat aksi pesawat melakukan pecutan sambil melepaskan 'flare' (suar), kemudian melayang dan menjunam.

"Saya tertarik dengan aksi persembahan udara gabungan SU-30MKM, F/A-18D Hornet dan Hawk, selain penerbangan pesawat A400M diiringi sembilan Pilatus," katanya yang datang bersama suami, Fakhrullah Ismail, 47.

Tinjauan di sekitar pekarangan Rumah Kakitangan MAB dan tar mini ke Kampung Bohor Chempedak di sini, mendapati kawasan itu dipenuhi orang ramai yang menyaksikan latihan berkenaan meskipun cuaca panas.

Latihan itu turut membabitkan simulasi letupan bom yang dibuat secara terkawal sempena gimik perasmian.

Pameran LIMA yang kini memasuki edisi ke-16 sejak diperkenalkan pada 1991 dijadual berlangsung selama lima hari bermula Selasa ini.



Disiarkan pada: Mei 19, 2023 @ 12:50pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.207399 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list