CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

[Kedah] Mangsa tsunami 2004 terima geran tanah

[Copy link]
Post time 18-5-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Mangsa tsunami 2004 terima geran tanah


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mei 18, 2023 @ 5:27pm bhnews@bh.com.my




Marzuki Abdul Hamid, 75, dan Fatimah Md Isa, 61 menunjukkan geran tanah yang diterima selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Kuala Muda yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini. - Foto NSTP/Noorazura Abdul Rahman




SUNGAI PETANI: Penantian hampir 19 tahun mangsa tsunami di Kota Kuala Muda pada 26 Disember 2004, akhirnya bernoktah apabila menerima geran tanah bagi penempatan baharu yang diduduki selepas kejadian itu.

Seorang mangsa, Fatimah Md Isa, 61, berkata susulan kejadian itu, penduduk yang tinggal di Kampung Kepala Jalan yang terletak berdekatan laut, diarah berpindah ke tapak baharu di Kampung Permatang Katong.

Menceritakan semula tragedi itu, suri rumah berkenaan berkata ketika kejadian dia sedang memegang pinggan untuk mengambil makanan majlis kenduri rumah jirannya.

"Belum sempat isi makanan, orang ramai sudah berteriak supaya lari menyelamatkan diri apabila melihat ombak besar. Saya terus dukung anak bongsu yang berusia 14 bulan sebelum lihat ombak besar menderu datang.

"Saya kemudian peluk anak erat, walaupun kami tenggelam timbul dipukul ombak besar sehingga akhirnya kami terperangkap bersama timbunan kayu di kawasan pokok nipah," katanya.

Dia antara 157 penerima geran tanah yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Kuala Muda di sini, baru-baru ini.

Fatimah berkata, kejadian turut menyebabkan rumahnya ranap dan mereka terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara selama hampir tiga bulan.

"Kejadian tsunami itu memberi kesan sangat besar dalam hidup saya, sehingga kini saya masih takut berada di pantai dan takut melihat ombak," katanya.

Seorang lagi penerima yang juga mangsa tsunami, Marzuki Abdul Hamid, 75, berkata dia sangat bersyukur menerima geran tanah itu selepas sekian lama menunggu.

Katanya, dia kekal memilih menetap di Kota Kuala Muda, walaupun ramai mangsa tsunami berpindah ke kawasan lain seperti di Sungai Petani atau Kulim bagi melupakan kejadian itu.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050711 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list