CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

[Pahang] Pemborong tawar harga murah, pekebun cili bara jangka rugi RM40,000

[Copy link]
Post time 18-5-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

SITI Nurulhuda dan suaminya, Syamsuri tidak dapat memasarkan cili bara pada harga yang dijanjikan pemborong. FOTO Mohd Rafi Mamat

Pekan: Pekebun dijangka mengalami kerugian kira-kira RM40,000 apabila harga jualan cili bara yang akan mula dituai esok jatuh di bawah RM15 sekilogram (kg).

Pekebun terbabit, Siti Nurulhuda Sheh Anuar, 34, berkata, sebelum ini beberapa pemborong tempatan memberi jaminan untuk membeli cili bara hasil kebunnya dengan harga antara RM17 hingga RM18 kg.

Bagaimanapun, katanya, pemborong terbabit mendakwa harga pasaran cili bara kini jatuh berikutan berlakunya lambakan disebabkan pengeluaran secara serentak oleh pekebun di beberapa daerah

Menurutnya, pemborong seolah-olah mahu membeli cili bara dengan harga yang lebih rendah sedangkan harga pasaran runcit masih lagi tinggi, mereka ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan nasib pekebun.

"Saya kini buntu memikirkan pasaran cila bara yang akan mula dituai esok, walaupun ramai pemborong menghubungi saya menyatakan minat untuk membelinya namun mereka seolah cuba bermain tarik tali dengan harga.

"Janji tawaran harga tinggi sebelum ini hanya cakap kosong.

"Selain kos baja dan racun yang sentiasa meningkat, saya juga terpaksa mengupah sekurang-kurangnya empat pekerja sambilan untuk mengutip buah dengan upah RM4 sekilogram," katanya di sini.

Menurut pemegang Ijazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (Pembangunan Manusia) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, dia mula menanam 900 polibeg cili bara menggunakan kaedah fertigasi kira-kira tiga bulan lalu sebagai projek percubaan selepas mendapati harganya memuaskan selain pokok mampu bertahan selama lapan bulan.

Tambahnya lagi, dia dibantu suami, Syamsuri Syamsudin, 34, sebelum ini mengusahakan tanam cili besar sebanyak 1,040 polibeg menggunakan kaedah fertigasi, kos yang agak tinggi selain beberapa masalah lain memaksa dia menangguhkan projek berkenaan.

Siti Nurulhuda berkata, cetek pengalaman dalam bidang pertanian menjadi faktor dia kini terpaksa berhadapan risiko kerugian apabila harga pasaran cili bara di peringkat ladang kini cuba dimainkan oleh pemborong.

"Buah cili bara dituai dua hingga tiga kali sebulan, tuaian pertama esok saya tidak pasti berapa kilogram dapat dihasilkan. Hampir semua 900 pokok kini berbuah, dalam masa tiga hingga lima hari buah perlu dituai bagi mengelak rosak.

"Saya tidak menyangka harga cili bara jatuh seperti yang didakwa pemborong, sebelum ini harganya dikatakan begitu memuaskan hingga mencecah antara RM20 hingga RM25 sekilogram," katanya yang mengusahakan kebun di Bukit Kenau, Pulau Manis dekat sini.

Bagi Syamsuri yang memiliki Ijazah Sains Sosial dan Kemanusiaan (Kerja Sosial) UKM, dia kini hanya berharap ada pemborong yang membeli buah cili bara pada harga sekurang-kurangnya RM18 sekilogram bagi membolehkan mereka mendapat sedikit keuntungan.

"Bukan mudah untuk menguruskan projek pertanian kerana memerlukan perhatian serius terutama membabitkan aturan siraman, membaja dan meracun. Modal yang diperlukan juga tinggi," kata bapa dua anak itu.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang Saiful Sadri berkata, tanpa kerjasama pekebun dengan agensi itu mengundang kepada berlakunya jualan pada harga yang rendah hingga menyebabkan kerugian.

"Justeru, Fama ada menyediakan program ladang kontrak yang dapat membantu pekebun, namun kebanyakan petani lebih suka menjual hasil pertanian mereka kepada pemborong luar yang kononnya menawarkan harga lebih tinggi tetapi tiada jaminan.

"Apabila harga jatuh petani akan menanggung akibatnya.

"Bagaimanapun, Fama tetap juga membantu tetapi dengan membelinya pada harga yang berpatutan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba membantu Siti Nurulhuda dan suaminya dalam memastikan mereka tidak berhadapan kerugian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jangka-rugi-rm40000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.068432 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list