CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPJ beri amaran kepada pengusaha bas ekspres

[Copy link]
Post time 18-5-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 18-5-2023 04:57 PM

JPJ beri amaran kepada pengusaha bas ekspres

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  18 Mei 2023   03:49pm





Adenan




SEBERANG JAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang memberi amaran kepada semua pengusaha bas ekspres di Penang Sentral, Butterworth agar menurunkan semua penumpang di dalam terminal.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan secara berterusan selain menjalankan penyamaran bagi memastikan semua pengusaha bas ekspres mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menurutnya, JPJ Pulau Pinang telah menjalankan operasi sejak minggu lalu yang mana setakat ini, tiga saman telah dikeluarkan kepada pengusaha bas yang masih berdegil apabila menurunkan penumpang di luar terminal.

"Jumlah bas yang masuk ke terminal berkurangan disebabkan pemandu bas telah menurunkan penumpang di luar terminal sahaja. Perkara ini berlaku selalunya sebelah petang hingga awal pagi melibatkan perjalanan jauh contohnya dari selatan.

"Pada waktu-waktu ini, bas tidak mahu masuk dalam, akan berhenti di tepi untuk turunkan penumpang dan terus bergerak ke Terminal Bas Sungai Nibong. Ini adalah satu kesalahan.

"Oleh demikian, kita memberi peringatan kepada pengendali syarikat bas ekspres supaya memastikan pemandunya mematuhi syarat-syarat lesen pengendali dan juga pengendali terminal iaitu mengambil dan menurunkan penumpang di dalam terminal," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPJ 2023 di Ibupejabat JPJ Seberang Jaya di sini pada Khamis.


Adenan (berdiri, kanan) menyantuni tetamu pada Majlis Sambutan Hari Raya JPJ Pulau Pinang 2023 di Ibupejabat JPJ Seberang Jaya pada Khamis.





Adenan berkata, selain ia satu kesalahan, perbuatan pemandu bas yang menurunkan penumpang di luar terminal telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berhampiran terminal.


"Kawasan menurunkan penumpang di terminal tiga itu sempit, apabila bas ekspres menurunkan penumpang di situ, di tambah pula dengan kenderaan persendirian yang datang untuk mengambil penumpang, ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di situ.

"Selepas ini tiada lagi amaran atau nasihat, JPJ negeri akan terus mengeluarkan saman kepada pengusaha bas yang masih berdegil," katanya.

Tambah beliau, pengusaha bas juga diberi amaran agar tidak menjual tiket bas di luar terminal.

"Mereka ini ada kaunter di dalam terminal namun ada 'sub-con' di luar, yang juga menjual tiket kepada pembeli. Ramai yang beli tiket di luar (terminal) dan setakat ini, terdapat empat syarikat bas telah dikenalpasti menjual tiket bas di luar terminal.

"Kita mendapat aduan daripada pengendali terminal kerana jumlah penumpang yang masuk ke terminal untuk membeli tiket berkurangan.

"Alasan yang diberikan pengusaha bas adalah untuk memudahkan pembeli tiket yang mana, mereka tidak perlu ke dalam terminal untuk membuat pembelian sedangkan itu satu kesalahan," katanya.

Adenan berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), pihak berkuasa tempatan (PBT), wakil pengendali terminal dan wakil kerajaan negeri pada Rabu bagi membincangkan masalah tersebut.

"Saya telah menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan tidak akan menyelesaikan masalah ini.

"Isu ini perlu kerjasama daripada semua pihak untuk menyelesaikannya," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062406 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list