CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hantar komunikasi lucah, duda dipenjara 4 bulan

[Copy link]
Post time 18-5-2023 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Hantar komunikasi lucah, duda dipenjara 4 bulan


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Duda anak tiga, Muhammad Adam Mohad Ali (kiri), 31, dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi aplikasi MeWe. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Duda anak tiga dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menghantar dan memulakan komunikasi bahan lucah menerusi aplikasi MeWe, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Adam Mohad Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim Tuan Mazdi Abdul Hamid, hari ini.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Adam didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain menerusi aplikasi MeWe serta nama akaun 'Dadu Sp' di pautan https://mewe.com/i/daddysunyi

Perbuatan itu dilakukan di Belakang 351 (U-I) Mukim D Jalan Baru, Balik Pulau, di sini, kira-kira jam 12.30 tengahari, pada 3 Disember 2020.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika pertuduhan, Mohammad Adam terdahulu dikenakan denda sebanyak RM7,000 bagi kesalahan berkenaan.

Namun dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman diringankan kerana hanya bekerja sambilan sebagai mekanik dengan pendapatan sebanyak RM800 sebulan selain menanggung tiga anak berusia empat hingga 11 tahun.

Berikutan mengaku tidak dapat membayar denda, Mohammad Adam dikenakan hukuman penjara selama empat bulan bagi kesalahan berkenaan.



Disiarkan pada: Mei 18, 2023 @ 4:10pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.183691 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list