CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

[Kedah] Belanja RM100,000 hias pikap sendiri

[Copy link]
Post time 18-5-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode


PUTERI Nur Nadirah Fadzil bersama kenderaannya yang akan menyertai Kedah International Pickup Carnival 2023 di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti hari ini. FOTO Syaharim Abidin

Alor Setar: Minat yang mendalam terhadap kenderaan lama menyebabkan Puteri Nur Nadirah Fadzil, 23, sanggup membelanjakan wang hampir RM100,000 untuk menghias pikap miliknya.

Katanya, minat itu tercetus sejak dia bekerja di bengkel membaiki kereta milik dua abangnya di Mergong, dekat sini.

Kini dia memiliki kenderaan pikap yang dicat dengan warna 'pink' selain enjinnya turut diubah suai supaya lebih menarik.

"Sebenarnya hobi ini bukan untuk lelaki saja tetapi wanita seperti saya juga minat apabila melihat warnanya yang menawan sehinggakan ramai yang tertarik apabila saya memandu kereta ini di atas jalan.

"Jika ada pertunjukan kereta, saya takkan melepaskan peluang untuk menyertainya kerana boleh lihat banyak lagi kenderaan yang dihias cantik Dan menarik," katanya ketika ditemui sewaktu perhimpunan kenderaan pikap utara di Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menantu, di sini hari ini.

Sebanyak 40 kenderaan pikap yang diubah suai berhimpun di situ untuk bertukar-tukar pandangan selain untuk menghimpunkan kenderaan lama sejak tahun 1980-an sehingga tahun 2023.

Mekanik, Mohd Aizul Fahmi Nordin, 20, berkata, dia mengambil kenderaan pikap milik bapanya itu dan menghabiskan wang simpanan gajinya sekitar RM5,000 untuk mengubah suai termasuk menukar ekzos dan rim tayar supaya nampak lebih menarik.

Katanya, ketika kereta itu diambil daripadanya bapanya, ia dalam bentuk asal dan apabila bergaul dengan peminat kenderaan pikap seperti, dia berminat untuk menghiasnya.

"Biasanya saya akan membeli alat ganti di Thailand kerana di sana kenderaan pikap banyak dan harga alat gantinya lebih murah.

"Disebabkan Kedah dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand, saya kerap ke sana semata-mata untuk membeli alat ganti serta aksesori kenderaan di sana kerana minat," katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia hanya melihat kelab kenderaan pikap melalui Tik Tok dan Facebook (FB) sebelum berminat untuk menyertai pertandingan kenderaan pikap atau perhimpunan membabitkan kenderaan itu kerana minat.

Katanya, dia bercadang untuk menambah atau menukar aksesori kenderaan itu jika mempunyai duit simpanan lebih.

"Paling jauh program kereta yang saya pernah sertai adalah di Kelantan dan itu pun bergantung jika ada masa lapang," katanya yang menetap di Kangar, Perlis.

Penganjur program, Mohd Hazli Amir Fadzil, 32, berkata, pihaknya akan menganjurkan Kedah International Pickup Carnival 2023 yang akan diadakan pada 30 Ogos ini di Taman Jubli Emas, dekat sini.

Beliau berkata, penyertaan dibuka kepada orang ramai bukan saja kenderaan pikap malah kenderaan lain boleh menyertainya dengan membayar pendaftaran RM100.

"Ini kali kedua kami anjurkan karnival ini dan menjangkakan 1,000 orang akan menyertainya tahun ini berbanding 850 orang peserta pada tahun 2018.

"Sekarang ni penyertaan yang diterima baru 500 orang dan masih dibuka kepada sesiapa yang berminat.

"Yang menariknya tahun ini, penyertaan bukan saja penduduk di negeri ini malah Sabah dan Sarawak serta Thailand akan menyertainya.

"Mereka yang berminat boleh melayari FB Kedah International Pickup Carnival atau Angah DMAX dan kita turut menyediakan cabutan bertuah iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk peserta bertuah," katanya.

Mohd Hazli berkata, tujuan karnival itu diadakan adalah untuk menghimpunkan peminat kenderaan pikap serta kenderaan lama yang sudah diubah suai supaya dapat bertukar-tukar pandangan.

Katanya, dia yang membuka bengkel kereta bersama abangnya, Mohd Shahirin Fakhrullah, 34, juga berharap perhimpunan itu nanti akan tersenarai dalam Guinness Book of Records.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hias-pikap-sendiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058989 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list