View: 536|Reply: 3
|
Lima Tahun Buat Duit Curi Kabel TM, 8 Pencuri Tegar Dah Kena Cekup!
[Copy link]
|
|
KLANG –Akhirnya kena cekup! Kegiatan lapan pencuri tegar kabel Telekom Malaysia (TM) sejak lima tahun lalu berakhir apabila ditahan dalam dua serbuan berasingan sekitar daerah ini.
Kesemua suspek lelaki termasuk warga emas berusia 27 hingga 60 tahun itu ditahan di Pandamaran serta Taman Sentosa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian pertama berlaku pada 14 Mei lalu dengan menahan dua suspek ketika rondaan dilakukan polis.
Foto: Kosmo
Katanya, salah seorang daripada suspek berkenaan didapati juga secara tiba-tiba keluar daripada lubang pembetungan utama TM.
“Hasil pemeriksaan menemui sembilan gulungan kabel TM berserta peralatan gergaju besi, kuku kambing, playar dan lampu suluh.
“Kita percaya peralatan itu digunakan bagi memotong kabel dicuri itu yang dianggarkan RM5,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberitahu, enam lagi suspek ditahan dua hari kemudian susulan laporan diterima berhubung kecurian 20 meter kabel berjumlah RM500 yang menyebabkan gangguan talian perkhidmatan.
Foto: Kosmo
Turut dirampas bersama kumpulan kedua ini adalah lori jenis Daihatsu dan motosikal Benelli.
“Hasil siasatan mendapati mereka menjual tembaga yang diperolehi selepas membakar kabel kepada kedai besi buruk.
“Semakan terhadap lapan suspek itu mendapati empat daripadanya mempunyai rekod sehingga mencecah 24 kesalahan lampau selain dikehendaki bagi kes pecah rumah di daerah Subang Jaya,” katanya.
Hoong Fong turut menjelaskan dua daripada suspek telah didakwa di mahkamah manakala lapan lagi masih direman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Macam Axia model baru je tu |
|
|
|
|
|
|
|
fuyo dah bape juta dia buat duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
fuyo dah bape juta dia buat duit tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|