CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1834|Reply: 45

[Tempatan] 5 kudapan enak dari Sabah dan Sarawak wajar dicuba

  [Copy link]
Post time 18-5-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 18-5-2023 12:51 PM

Kuih sarang semut dari Sarawak mirip kuih karas dari Semenanjung. - Foto hiasan
Kemeriahan menjelang tiba apabila di Malaysia Timur warga tempatannya bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka.

Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada, 1 dan 2 Jun.

Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak

hairanlah makanan adalah antara aspek yang paling dinanti-nantikan.


Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat sambil menikmati pelbagai makanan lazat.Mari kita kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba.

1. Kuih sarang semut atau kuih jala

Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan kuih karas dari Semenanjung ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu dan gula.

Ia digoreng panjang dan nipis, memiliki tekstur yang lembut serta sedikit kenyal. Kuih ini turut dikenali sebagai kuih jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur serta rasanya yang lazat.

Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih sarang semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.

2. Penganan

Penganan dari Sarawak adalah makanan tradisional digoreng dengan adunan tepung beras, gula, dan santan.Kek mini' ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut dan kenyal.

Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ia makanan bergoreng, amalkan

kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa.

3. Hinompuka (kuih pulut kukus)

Hinopuka, iaitu makanan tradisional Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit dibalut

dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal.

Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim. Ada yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis.Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan sesuai bagi yang menggemari perisa lebih halus.

Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkan kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan.

Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi.

4. Tebaloi

Tebaloi atau biskut sagu adalah makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut

mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo.

Diperbuat daripada tepung sagu, kelapa, gula dan telur, tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik.Nikmati kepingan tebaloi dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya unik hasil daripada panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda.

5. Bambangan

Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga.

Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan.

Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka.

Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau

dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan untuk meningkatkan kepuasan anda.Mencuba kudapan-kudapan lazat ini adalah cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan

budaya sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai, sambil memuaskan selera makan anda.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 03:31 PM | Show all posts
kuih cincin takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 03:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuhau mana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:00 PM | Show all posts
amplang?
tu sedap tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:03 PM | Show all posts
Kenapa orang2 S'wak di Semenanjug tak nak buat kueh2 trs dn jual kat sini?
Satu lagi buah sayur yg saya suka ialah terug bulat S'wak, berwara kuning.  Campur dlm gulai asam pedas, enak sagat.  Petani2 S'jung pun tak ade pulak nak tanam pokok terung tu di sini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 18-5-2023 04:03 PM
Kenapa orang2 S'wak di Semenanjug tak nak buat kueh2 trs dn jual kat sini?
Satu lagi buah sayur yg s ...

try pi pasr borneo sri kembangan ari sabtu..kot2...ada.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bambangan tu bau dia menyengat bila dah buat ala tempoyak.
Lama tak mkn buah tarap, member2 ckp makin mahal dah mcm harga durian. Apapun yg paling best kat sabah skrg ni dapat dok ranau je lah, cuaca sejuuukk. KL panas bahang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 04:26 PM | Show all posts
ada 2 the best food from sarawak is Laksa Sarawak dan umai ikan@udang



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:08 PM | Show all posts
nak try jugaa makanan sabah & sarawak sbb nampak menarik sngt. di kl ni memang tk dpt laa merasa
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 05:34 PM | Show all posts
mkanan dorg nmpk sedap.. tringin nk cuba mkanan org sabah.. pasal aku tngok iklan petronas tuu.. nasi ke pulut yg time osindak makan dgn nenek dia tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 05:50 PM | Show all posts
abraham205 replied at 31-5-2023 05:34 PM
mkanan dorg nmpk sedap.. tringin nk cuba mkanan org sabah.. pasal aku tngok iklan petronas tuu.. nas ...

tu nasik weh, sbb pasal pesta kaamatan smbutan dorg kat sabah. yg iklan tu pun pasal mimpi padi si osindak. tapi iklan dia memang style
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru beli gula apong kat sarawak,sedap ya rasa gula tu.
Tp tak reti plak nk guna. Iols nk buh lam cendol so kena cairkan dulu la kan masak dlm periuk.
Beli dlm bekas ni takla keras pun gulanya lembik2 mcm gula tarik. Tp rasa sedap, mcm caramel butterscoth gituh.
Mmg rasa ori nya gitu yaa?ni mmg beli kat sarawak bkn order kat shopee so harap mmg original la.
Iols mmg penggemar gula merah/nisan/kerek/kabung/melaka bagai ni so ni nk try apong plak buh lam sambal tumis
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:04 AM | Show all posts
Wah menarik.. Baru tahu Sabah and Sarawak pun ada hasilkan banyak jenis kuah. Ada yang saya pernah rasa, ada lagi yang belum pernah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:07 AM | Show all posts
yumentos replied at 1-6-2023 09:04 AM
Wah menarik.. Baru tahu Sabah and Sarawak pun ada hasilkan banyak jenis kuah. Ada yang saya pernah r ...

Kan? Tengok maca sedap je semua.. Budaya n makanan negeri Sabah and Sarawak macam seronok je untuk kita pelajari. Suka tengok tarian dorang and baju2 tradisional dorang yang mengikut adat, tak lapuk dek zaman. Cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:09 AM | Show all posts
sunnybear replied at 1-6-2023 09:07 AM
Kan? Tengok maca sedap je semua.. Budaya n makanan negeri Sabah and Sarawak macam seronok je untuk ...

Yup, setiap negeri ada budaya and adat mereka tersendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tarian2 kat Sarawak, maybe boleh layan Iklan Gawai Petronas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
yumentos replied at 1-6-2023 09:09 AM
Yup, setiap negeri ada budaya and adat mereka tersendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tarian ...

Wahhh petronas pun ada buat iklan hari gawai eh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:11 AM | Show all posts
yumentos replied at 1-6-2023 09:09 AM
Yup, setiap negeri ada budaya and adat mereka tersendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tarian ...

Petronas kalau bab iklan sentiasa win, kena tengok ni.. ada ke link dia?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:13 AM | Show all posts
bonsari replied at 1-6-2023 09:10 AM
Wahhh petronas pun ada buat iklan hari gawai eh..

Ada, setiap perayaan kat Malaysia ni, Petronas ada buat iklan ikut perayaan tersebut tau. Petronas anjurkan keistimewaan dalam kepelbagaian budaya, adat resam dan bangsa kat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:15 AM | Show all posts
sunnybear replied at 1-6-2023 09:11 AM
Petronas kalau bab iklan sentiasa win, kena tengok ni.. ada ke link dia?

Sis boleh tengok kat sini, macam2 kita boleh belajar. Saya pun first time tau pasal tarian ngajat, dari iklan petronas ni lah... https://www.youtube.com/watch?v= ... ab_channel=PETRONAS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.117738 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list