View: 2332|Reply: 43
|
Balas Jerih Perih Mak Ayah Menoreh Getah Besarkan Anak, 14 Beradik Kumpul Duit RM250 Ribu Untuk Bina Rumah Selesa
[Copy link]
|
|
Pasir Mas: Pengorbanan dan jerih perih ibu bapa membesarkan 14 beradik dengan pendapatan tidak seberapa sebagai penoreh getah mendorong anak pasangan itu membina rumah baharu yang lebih selesa untuk membalas jasa insan tersayang.
Hasrat murni itu dilakukan 14 beradik dengan 11 daripada mereka mengumpulkan wang kira-kira RM250,000 bagi membina rumah baharu buat syurga mereka selepas kediaman lama semakin usang dan berhadapan masalah banjir setiap tahun.
Kisah keluarga berkenaan mendapat perhatian apabila menantu, Ramly Yaacob, 67, dan Rohani Mat Zain, 56, iaitu Aida Fitri Napi, 29, berkongsi video di TikTok yang mendapat pujian ramai.
Foto: Harian Metro
Berkongsi kisah itu, Mohd Tarmize Ramly, 32, berkata video itu dikongsikan di TikTok oleh isterinya sebagai kenangan mereka sekeluarga selepas bapanya meninggal dunia pada 7 April lalu.
Menurutnya, rumah enam bilik dengan empat bilik air itu dibina di hadapan rumah lama mereka di Kampung Chasi To Uban, di sini, pada 2019 dan kini sudah empat tahun diduduki ibu bapanya.
"Ayah meninggal dunia selepas sembilan hari dia diserang angin ahmar dan kami bersyukur arwah sempat merasa empat tahun tinggal di rumah yang lebih selamat, selesa, cantik dan luas.
"Apabila dapat rumah baru mereka sangat gembira, tetapi bagi kami rumah baru itu sebenarnya belum cukup setanding dengan pengorbanan mereka yang menyekolahkan dan membesarkan kami," katanya.
Katanya, dia dan adik-beradiknya yang lain sepakat membina rumah baharu itu kerana tidak sanggup melihat orang tua mereka berdepan masalah banjir hampir setiap tahun hingga menyebabkan rumah hampir menyembah bumi selain usang.
"Kehidupan kami agak sukar ketika kecil kerana mak dan ayah hanya menoreh getah milik orang lain dan hasilnya perlu dibahagi dua, tetapi mereka tetap mengutamakan keperluan dan persekolahan kami.
"Sebab itu apabila semua adik-beradik sudah besar dan ada kerjaya, kami sepakat kumpul duit tetapi tidak tetapkan jumlahnya, ikut kemampuan dan ketika itu juga tiga lagi adik masih bersekolah.
"Selepas duit mencukupi, kami bina rumah di tapak baru dan rumah lama yang juga milik nenek (ibu kepada ibunya) tidak dirobohkan kerana banyak kenangan di rumah itu. Tapak rumah itu juga lebih tinggi, jadi mereka tidak terjejas banjir lagi," katanya.
Selain rumah, mereka juga sepakat membelikan sebuah Perodua Axia untuk kegunaan ibu bapa yang mana bayaran bulanan juga hasil kutipan daripada adik-beradik secara sukarela. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
jangan sampai nanti mengungkit
hak milik sapa bila orang tua sudah tiada |
|
|
|
|
|
|
|
pastu mak pak mati kome gaduh la rebut la rumah pusaka |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah sikap terpuji anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Oo ini la untung anak merenyut ramaii
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat loan ke kumpul cash.... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu terpikir camni...
dapat sediakan rumah elok utk mak pak di hujung usia mereka.. katanya biarlah... asal mak pak happy..
tapi esok2 .. mak pak dah takde.. rumah tu silap2 haribulan kena pecah kalau tak capai kata sepakat sesama adik beradik.
taktaula kalau mereka semua berjaya.. tak berkira dengan sumbangan masing2 dlm pembinaan rumah tu.. n nak bahagi2 tanah tu.. mungkin ada yg bole bayar bahagian adik beradik yg lain utk own the house.
kebiasaan yg terjadi.. rumah asal.. letak di tengah2 tanah.. bila tanah tu dah jadi pusaka.. kena bahagi2 kan.. rumah dok tengah2.. susah nk capai kata sepakat.. silap2 kena runtuhkan bahagian2 rumah.
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa lah negatif sangat memikirkan sangat merebut harta pusaka bagai
adik beradik ni dah bermuafakat
berilah pujian
langsung takde nampak kebaikan
semuanya buruk pada pandangan
nak berebut semua tu tak tau bila atau mungkin berlaku
yang penting diorang dah buat benda baik
puji dahulu
nanti kalau diorang berebut
barulah kecam |
|
|
|
|
|
|
|
kecam sebab ramai jadi kes huru hara lepas parents mati, macam mmber aku rumah parents atas tanah abg dia, dia yg tinggal situ, bila parents mati abg da hint2 nk suruh dia keluar sebab nk anak depa tinggal situ. dia ckp nk suruh keluar bayar la kat dia sebb dia banyak keluar duit repair rumah parents tu.
aku ckp ko bukan ke peminat azhar idrus cari la ceramah dia pasai duit kita yg digunakan utk repair rumah parents tu. ko repair sebagai ikhsan kat parents ko. melainkan ko declare hutang utk repair baru ko boleh claim.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus mcm ni....keluar sama byk...buat rumah tu...
bila org tua dah tak der...boleh la buat kumpul adik beradik time2 raya...
|
|
|
|
|
|
|
|
anak ramai yg bermanfaat...
andartu2 dan janda2 porum ape citer? boleh tak berjasa seperti mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
dah niat nya anak2 nti bisa membuAT RUMAH BESAR DIDIDIK SEBEGITU MAKA HASILNYA BGIUTLA. eh sorry huruf besar plak. bagi aku asalkan diorg bole senang tenang hidup tak susahkan org sudahla. tapi anak2 aku bukan jenis suka mintak duit aku pun semua diorg usaha sdri senyap2 je aku bank in dlm acct diorg kalu tak diong taknak pun. dan aku pun tknk anggap anak tu sbgi pelaburan masa depan tapi beli rumah dah plan kt cj punya bole buat mejelis kawen nti..insyaalla amin yra. doakan moga dipermdahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
For sure la bergaduh nanti melainkan tanah pusaka tu di Faraid kan.
Takkan tanoh sekangkang kera nak difaraidkan sampai 7 keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
derang anak beranak banyak duit la, semua kerja bagus2, setakat cash tu melambak ada |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah dorg tak lupa jasa mak ayah.. ni ada yg aku tengok dah tua bangka pun still susahkan mak ayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari 250k tu, 200k datang dari 2-3 orang. Yang lelain topup sikit2 beli pasir.
Sekian aku speku diinspirasikan dari kisah benar.
|
|
|
|
|
|
|
|
buat la perjanjian..xde sapa dpt rmh...jadikan tempat/umh tu..tuk berkumpul ahli keluarga(bila mak,ayh dh xde nt). |
|
|
|
|
|
|
|
AnBulisia replied at 19-5-2023 09:20 AM
kenapa lah negatif sangat memikirkan sangat merebut harta pusaka bagai
adik beradik ni dah bermuafak ...
Bkn negatif nanti ada la menantu x kira laki ka pompuan akan cucuk jarum mintak hak masing2 bila irh tua dh xde.....bak kata pepatah setandan pisang x semuanya blh goreng....inikan plk 14 mrnantu |
|
|
|
|
|
|
|
bukan negatif ya adik adik semua
itu realiti zaman sekarang ya
jangankan yang papa kedana
yang banyak harta pun masih merebut harta orang
and benda benda ni banyak je jadi kt sekeliling
sampai yang sumbang beli pintu pun bila mak bapak takde gaduh adik beradik
pi cabut pintu |
|
|
|
|
|
|
| |
|