CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

[Kedah] RM8.2 juta naik taraf sistem keselamatan kereta kabel di Langkawi

[Copy link]
Post time 18-5-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode

WAN Kamarul Faisal (kanan ) diiringi Dr Azmil Munif Mohd Bukhari (tengah) dan Abu Hashim Abd Rahman melancarkan sistem D-Connect di perkhidmatan kereta kabel di Gunung Machinchang, Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN

Langkawi: Syarikat pengendali SkyCab (Kereta Kabel), Panorama Langkawi Sdn Bhd (Panorama Langkawi) membelanjakan RM8.2 juta bagi menaik taraf sistem keselamatan dalam menjamin keselamatan pengguna.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata sebanyak RM4.4 juta adalah untuk pemasangan sistem kawalan kereta kabel dikenali D-Connect.

"Panorama Langkawi juga membelanjakan sebanyak RM3.8 juta untuk projek pemasangan interkom dan peranti info dalam gondola sebagai langkah komited syarikat untuk menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

"Menerusi D-Connect kita boleh mengesan kerosakan dengan cepat,interkom pula membolehkan komunikasi dua hala ketika kecemasan," katanya pada sidang media selepas pelancaran sistem D-Connect di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA, Dr Azmil Munif Mohd Bukhari dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi Panorama Langkawi, Abu Hashim Abd Rahman.

Panorama Langkawi adalah anak syarikat LADA yang dipertanggung jawab mengendali perkhidmatan kereta kabel juga produk pelancongan popular di pulau pelancongan itu, sejak 20 tahun lalu.

Wan Kamarul Faisal berkata, paling menarik sistem D-Connect boleh diakses menerusi internet dan syarikat yang membangunkan kereta kabel, Doppelmayr dari Austria boleh melakukan diagnostik kerosakan secara dalam talian.

"Ini antara nilai tambah yang kita lakukan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung berada pada tahap tertinggi, khususnya menjelang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).

"Malah, peranti info yang dipasang di dalam setiap gondola membantu pengguna mendapat maklumat berkaitan produk-produk pelancongan, sekali gus menjadikan percutian mereka ke pulau ini menyeronokkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kabel-di-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051917 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list